SEORANG pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dirakam memadamkan api yang menjilat sebuah kereta di Pusat Pemeriksaan Woodlands malam tadi (21 Jun).
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka dimaklumkan tentang kejadian itu sekitar 11.30 malam.
Tambahnya, seorang pegawai ICA telah memadamkan api tersebut sebelum SCDF tiba di tempat kejadian.
Tiada kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran sedang disiasat.
Video kejadian itu tular di media sosial.
Video itu menunjukkan api berwarna jingga dari sebuah kereta Kia berwarna putih dekat kaunter imigresen.
Pegawai ICA tersebut dilihat berjalan ke arah kereta itu dan menggunakan pemadam api untuk memadamkan api tersebut.