PERCUBAAN seorang lelaki Singapura menyeludup 40 ekor burung yang masih hidup menerusi Pusat Pemeriksaan Imigresen Woodlands baru-baru ini digagalkan selepas pegawai pemeriksaan mendengar bunyi bising yang keluar dari ruang tempat duduk penumpang keretanya.
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu catatan Facebook semalam menyatakan seorang lelaki berusia 49 tahun yang memandu sebuah kereta berdaftar Singapura diarah menjalani pemeriksaan lanjutan oleh pegawai pada hari itu.