Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai ICA temui ganja, 'Ice' bernilai $41,000 di Tuas

Feb 13, 2020 | 11:06 AM



PEGAWAI Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) sedang melakukan pemeriksaan di Pusat Peneriksaan Tuas apabila mereka ternampak bungkusan mencurigakan dalam kereta berdaftar Malaysia.



Bungkusan tersebut cuba disembunyikan di kerusi belakang kereta itu.



Diperiksa lanjut, pegawai ICA mendapati sejumlah 2,898 gram ganja dan 125 gram dadah 'Ice' di dalam bungkusan itu.



Dadah tersebut dianggarkan bernilai $41,000.



Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan ICA dan Biro Narkotik Pusat (CNB) pada Khamis (13 Februari), jumlah ganja yang ditemui itu dikatakan mampu menampung ketagihan sekitar 410 penagih selama seminggu.



Dalam kejadian yang berlaku pada 6 Februari lalu pada sekitar 6.50 pagi itu, pegawai ICA telah menahan pemandu lelaki warga Malaysia berusia 23 tahun itu dan kemudian menyerahkannya kepada CNB bagi siasatan lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >