Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan

Pegawai JTC beri maklumat tidak tepat berhubung insiden kawasan hutan di Kranji

Mar 11, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, berkata dua pegawai syarikat JTC Corporation (JTC) telah memberi maklumat tidak tepat kepada penyelia mereka berhubung insiden membersihkan kawasan hutan Taman Inovasi Pertanian Makanan (AFIP) di Kranji Close/Kranji Road.



Maklumat tidak tepat itu kemudian disampaikan kepada Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).



Lantaran itu, jawapan yang diberi beliau dalam sidang parlimen pada Februari tahun lalu mengenai hal itu - semasa Encik Chan masih menyandang jawatan Menteri Perdagangan dan Perusahaan - adalah tidak tepat.



Memberikan kenyataan penjelasan itu di Parlimen semalam, Encik Chan berkata siasatan polis mengenai kes itu sudah berakhir awal bulan ini dan dibentangkan kepada beliau dan menteri Kabinet yang relevan.



Kes tersebut kini ditangani oleh Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk menimbangkan jika sebarang dakwaan akan dikenakan.



"Siasatan menunjukkan bahawa apabila perkara itu timbul tahun lepas, dua pegawai JTC, pengurus projek, dan timbalan pengarah yang merupakan penyelia pengurus projek itu yang terdekat, telah memberikan maklumat yang tidak tepat kepada pihak atasan mereka di JTC," kata Encik Chan.



"Maklumat yang tidak tepat itu kemudiannya disampaikan kepada Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan seterusnya dimasukkan ke dalam jawapan yang saya berikan kepada Soalan Parlimen dan Soalan Tambahan pada Februari 2021," kata Encik Chan.



"Sesetengah maklumat yang saya sampaikan kepada Parlimen, berdasarkan apa yang mereka katakan, oleh itu tidak tepat."



Menurut Encik Chan, antara maklumat kurang tepat yang diberikannya di Parlimen ialah bahawa kerja pembersihan tapak seluas 4.5 hektar yang tidak diluluskan dilakukan di antara akhir Disember 2020 dan 13 Januari 2021.



Namun siasatan menunjukkan hal ini yang berlaku tanpa kelulusan Lembaga Taman Negara (NParks) sebelum Disember 2020.



Satu lagi maklumat kurang tepat yang diperjelaskan Encik Chan ialah bahawa kontraktor "tidak dibayar bagi pembersihan berlebihan pada Januari dan Disember".



Sebaliknya, siasatan menunjukkan bahawa beberapa pembayaran dibuat bagi kerja pembersihan termasuk penebasan pokok.



"Maklumat tidak tepat ini, diberikan oleh Divisyen Kontrak dan Pemerolehan (Binaan) JTC, yang memproses pembayaran tanpa menyedari bahawa bayaran itu termasuk penebasan pokok di kawasan yang tidak diluluskan untuk pembersihan," jelas Encik Chan sambil menambah "kakitangan JTC tidak berniat untuk memperdaya".



MTI berkata dalam kenyataannya bahawa ia memandang serius dan tegas terhadap insiden itu.



"Kami tidak akan membiarkan salah laku seperti ini.



"Lembaga pengarah JTC akan menubuhkan satu panel disiplin untuk menimbangkan tindakan disiplin yang wajar terhadap pegawai yang terlibat serta penyelia kanan, jika mereka tidak menjalankan tugasan mereka.



"JTC juga akan memperkukuhkan proses pembersihatan tapak dan pengurusan projek," ujar MTI.



Sementara itu dalam kenyataannya, JTC memohon maaf di atas kejadian itu.



Ia menambah bahawa ia telah bekerjasama sepenuhnya dengan agensi menyiasat insiden dan menjangkakan kesemua pegawainya bersikap dengan profesional dan bermaruah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >