Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai kanan Masjid Kassim terima anugerah bapa teladan Persatuan Ain

Jul 16, 2019 | 05:30 AM



Beberapa kegiatan anjuran pertubuhan Melayu/Islam dan yang disasarkan kepada masyarakat Melayu/Islam dijalankan hujung minggu lalu. Berikut BERITA HARIAN menampilkan beberapa kegiatan tersebut.



WALAUPUN terpaksa mengorbankan masa mencari pendapatan tambahan bagi menampung kos pembelajaran anak-anaknya, pencari nafkah tunggal dalam keluarga ini tetap gigih mengejar impiannya, melihat ketiga-tiga puteri beliau ke menara gading.



Encik Abdul Manaf Rahmat telah diiktiraf dalam majlis penyampaian Anugerah Qudwah Hasanah (Ayah Contoh Terbaik) 2019 yang berlangsung di Hotel Orchard kelmarin.



Pegawai Kanan Agama di Masjid Kassim itu menewaskan dua finalis lain untuk menerima anugerah tersebut daripada tetamu terhormat, Presiden Halimah Yacob.



Anugerah anjuran Persatuan Ain yang kelapan itu meraikan pengorbanan bapa dalam membesarkan anak-anak ke arah kecemerlangan.



"Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah. Saya tidak pun menduga dan tidak tahu. Mudah-mudahan dengan anugerah ini, saya dapat menjalankan tugas saya sebagai seorang bapa dan juga mudah-mudahan dapat diteladani dan dicontohi oleh bapa-bapa lain, dalam sesuatu yang terbaik yang ada pada diri saya yang kerdil ini," ujarnya yang berusia 61 tahun.



Untuk membiayai kos pembelajaran anak-anaknya yang tinggi, Encik Abdul Manaf akan mengadakan kelas tuisyen Bahasa Arab di sebelah malam dan kelas agama di rumah-rumah di samping mengendalikan tugasnya sebagai mudir di Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah pada awal tahun 1990-an.



Antara cabaran yang harus beliau lalui adalah mendapat tentangan daripada orang di sekeliling apabila beliau mengambil keputusan menghantar anak perempuannya ke sekolah nasional.



Sebagai seorang ustaz dan mudir madrasah, tindakan beliau dipertikaikan kerana seharusnya menjadi contoh yang baik kepada masyarakat.



Namun tentangan hebat tersebut tidak menjejas pendirian Encik Abdul Manaf yang berpegang dengan pandangan bahawa ilmu duniawi dan ukhrawi tiada perbezaannya.



Pengorbanan itu terbukti berbaloi apabila ketiga-tiga anaknya merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda dari Universiti Nasional Singapura (NUS).



Anaknya, Cik Fakhrunnisaa Al Abqariyah Abdul Manaf, 35 tahun, kini seorang guru, Cik Hakimah Nur Diniyah Abdul Manaf, 30 tahun, seorang guru pendidikan khas manakala puteri bongsu, Cik 'Ainina Hajir Adha Abdul Manaf, 24 tahun, bertugas sebagai pekerja sosial.



Di majlis itu, Presiden Halimah, yang juga merupakan penaung Persatuan Ain, menggesa agar lebih banyak syarikat tempatan menawarkan cuti paterniti atau cuti bapa bergaji sehingga sebulan bagi golongan bapa yang bekerja.



Dalam ucapannya, beliau berkata:



"Bapa yang bekerja mungkin memilih untuk tidak mengambil cuti paterniti sebab bimbang rakan sekerja dan penyelia mereka akan memandang negatif atau berbuat sedemikian mungkin menjejas kemajuan pekerjaan dan kerjaya mereka."



Menurut Presiden Halimah, sekitar 53 peratus bapa baru di Singapura yang mengambil cuti paterniti untuk menjaga bayi baru lahir dan menyokong isteri mereka.



Kadar itu jauh berbeza berbanding negara-negara Nordik yang 70 hingga 80 peratus bapa melakukan sedemikian.



"Demi menggalak lebih ramai bapa menggunakan cuti paterniti, perubahan budaya di tempat kerja dan seluruh masyarakat diperlukan," tambahnya.



Encik Abdul Manaf turut membawa pulang hadiah wang tunai bernilai $5,000 manakala dua finalis yang lain pula menerima wang tunai $500 setiap seorang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >