Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai kembali ke sekolah selepas 20 tahun demi kekal relevan

Jul 19, 2022 | 05:30 AM



Tahun ini, 148 pegawai Home Team dianugerahkan Biasiswa Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Tajaan untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah atau pasca siswazah dalam pelbagai disiplin di universiti tempatan dan luar negara. Seramai 118 daripada mereka akan menyambung pelajaran pada peringkat sarjana muda, sementara 30 lagi akan menyambung pengajian pada peringkat pasca siswazah. BERITA HARIAN berpeluang menemu bual dua pegawai daripada agensi berlainan baru-baru ini.




SETELAH lebih 20 tahun meninggalkan alam persekolahan, Inspektor Stesen (SI) Mansor Zaiman baru-baru ini memutuskan untuk melanjutkan pengajiannya ke peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura.



Encik Mansor, seorang ketua pasukan di Biro Narkotik Pusat (CNB) akan mulakan pengajiannya dalam kursus Faktor Manusia dalam Keselamatan. Beliau berharap dengan mengikuti pengajian tersebut beliau dapat kekal relevan dan menyesuaikan diri dengan lanskap yang sentiasa berubah.



Meskipun berasa gementar kembali belajar sebagai pelajar dewasa yang berusia 44 tahun, beliau tetap bersedia untuk meningkatkan kemahirannya supaya dapat memperbaiki proses kerjanya dalam masa akan datang.



"Apa yang saya pelajari 10 atau 20 tahun yang lalu, tidak mungkin masih relevan untuk digunakan pada zaman sekarang.



"Banyak sudah berubah dan saya rasa ia wajar bagi saya untuk lanjutkan pengajian untuk mendapatkan pengetahuan yang baru," kata Encik Mansor.



Beliau merupakan antara 82 pegawai yang dianugerahkan tajaan oleh Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) untuk melanjutkan pengajian ijazah atau ijazah dalam beberapa bidang di universiti dalam dan luar negara.



Encik Mansor yang menyertai CNB sekitar 21 tahun yang lalu, mempunyai diploma dalam bidang pengurusan dari Politeknik Temasek.



Walaupun sudah lama merancang untuk melanjutkan pengajiannya ke tahap universiti, Encik Mansor berkata rancangannya sebelum ini terpaksa ditundakan komitmen keluarga dan kerja.



"Tanggungjawab terbesar saya ketika itu adalah keluarga.



"Bagi saya bukan mudah untuk membahagikan masa, bekerja serta belajar.



"Tetapi memandangkan anak saya sudah besar sedikit dan tidak memerlukan terlalu banyak sokongan, saya rasa saya mempunyai masa untuk melanjutkan pengajian," jelas beliau yang mempunyai seorang anak perempuan yang kini berusia enam tahun.



Sebagai SI, Encik Mansor mengendali hampir 16 orang dalam pasukannya.



Secara umum, beliau dan pasukannya menyelia bekas penagih dadah yang ke pusat pelaporan CNB dan memastikan bahawa individu-individu ini tidak menggunakan dadah.



Melalui program ini, Encik Mansor berharap dapat pelajari bagaimana untuk menjadikan proses lebih kondusif bagi pasukannya semasa menyelia bekas penagih dadah.



Tambahnya, beliau juga ingin pelajari bagaimana dapat mendekati individu-individu ini supaya dapat membantu mereka dalam perjalanan untuk bebas dari dadah dalam jangka masa panjang.



"Bukan saya sahaja yang dapat manfaat daripada pengetahuan baru ini nanti.



"Saya berharap apabila saya tamat pengajian saya, saya dapat terus memberi sumbangan kembali kepada CNB serta indiviu-individu yang saya kini menyelia supaya mereka tidak akan berulang menggunakan dadah," ujarnya yang akan menjalani kursus ini selama empat tahun.



Sebagai persiapan untuk kursusnya akhir bulan ini, Encik Mansor sudahpun mula membuat penyelidikan supaya dapat menyesuaikan diri dengan cabaran barunya sebagai seorang pelajar dewasa.




DAPATKAN PENGETAHUAN BARU



"Apa yang saya pelajari 10 atau 20 tahun yang lalu, tidak mungkin masih relevan untuk digunakan pada zaman sekarang.



Banyak sudah berubah dan saya rasa ia wajar bagi saya untuk lanjutkan pengajian untuk mendapatkan pengetahuan yang baru.''
- SI Mansor Zaiman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >