Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai keselamatan boleh jangka kenaikan gaji lebih tinggi mulai 2023

Nov 10, 2021 | 05:30 AM



PENGAWAL keselamatan boleh menjangkakan kenaikan gaji lebih tinggi mulai 2023 serta tempoh waktu bekerja yang lebih pendek, menurut Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng.



Gerakan buruh itu dan Kesatuan Pekerja Keselamatan (USE) telah bekerja keras untuk membawa perubahan kepada Model Gaji Progresif (PWM) Keselamatan yang bertujuan merombak industri itu dan meningkatkan tahap profesionalisme kakitangannya.



Pengawal keselamatan telah sekian lama menghadapi masalah tempoh waktu bekerja yang panjang serta cabaran disalahgunakan majikan.



Tidak lama lagi, terdapat beberapa saranan utama yang akan dikemukakan bagi menangani masalah dan cabaran yang mereka hadapi.



"Pengawal keselamatan boleh menikmati gaji lebih tinggi dari 2023 dan waktu bekerja yang lebih pendek," ujar Encik Ng, dalam satu catatannya di laman Facebook semalam.



Melalui perubahan itu, ia memberikan mereka lebih banyak masa untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga mereka.



Selain memberi sokongan kepada pengawal keselamatan, Encik Ng ingin mendorong mereka untuk terus meningkatkan kemahiran mereka supaya dapat meningkatkan produktiviti mereka dengan bantuan teknologi.



Pada masa yang sama, beliau berkata, ia juga penting bagi pembeli dan penyedia keselamatan untuk merancangkan keperluan keselamatan daripada tahap yang lebih menyeluruh.



"Ini adalah peluang untuk membeli dan mereka bentuk perkhidmatan keselamatan secara bertanggungjawab, dan menggunakan kontrak berasaskan hasil (OBC) untuk mengoptimumkan tenaga kerja keselamatan dengan memanfaatkan teknologi supaya dapat hasil keselamatan yang baik.



"Dengan ini, ia dapat melaksanakan pekerja yang lebih produktif dan berpuas hati dengan pekerjaan mereka dan bercita-cita untuk melakukan terbaik," ujarnya.



Baru-baru ini, Encik Ng berpeluang untuk melihat bagaimana PWM dan OBC dapat dilaksanakan hasil pertemuannya bersama beberapa pengawal keselamatan di Thomson Plaza.



Mengulas mengenai lawatannya itu, Encik Ng berkata bahawa ia jelas apabila amalan perolehan progresif dilaksanakan serta penggunaan teknologi, membawa faedah kepada semua pihak.



"Pembeli khidmat keselamatan dan penyewa/penduduk pula dapat manfaat daripada tempat yang lebih selamat.



"Agensi keselamatan pula dapat memberikan hasil keselamatan yang optimum.



"Dan pada masa yang sama, pekerja gembira dan dapat berkembang dalam kerjaya mereka," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >