Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai keselamatan cedera muka susuli serangan di hab logistik sekitar Jurong

Oct 17, 2022 | 09:08 PM



SEORANG lagi pegawai keselamatan diserang dan mengalami kecederaan pada mukanya dalam satu kejadian di hab logistik di Jurong.



Kejadian ini berlaku sekitar 9.20 pagi pada 13 Oktober lalu, lapor Kesatuan Pekerja Keselamatan (USE) dalam laman Facebook.



Pada Isnin (17 Oktober), wakil kesatuan ini telah mengunjungi penyelia keselamatan, Encik Suresh S/O Subramaniam, yang cedera kerana serangan idi kawasan Pioneer itu.



Menurut catatan Facebook itu, pemandu trak kontena di lokasi berkenaan yang ingin mendapatkan kontena kosong tidak mengikut peraturan dan protokol keselamatan.



Justeru, apabila diberitahu tentang perkara ini oleh Suresh, pemandu itu tidak senang lantas memekik ke arah Suresh. 



Selepas keluar dari kawasan itu, si penyerang menghentikan trak kontena itu di tepi jalan dan melanggar peraturan lalulintas.



Dia kemudian ke pondok pengawal dengan niat bersemuka dengan Encik Suresh. Dia menyerang Encik Suresh beberapa kali sehingga muka pegawai keselamatan itu berdarah.



Pegawai lain turut bergegas bagi menghentikan perbuatan penyerang itu yang dengan segera meninggalkan tempat itu.



Encik Suresh, dengan sokongan majikannya Spear Security Force, dengan segera membuat laporan polis.



Encik Suresh pula berjumpa doktor dan diberi cuti sakit tiga hari.



Setiausaha Agung USE, Encik Raymond Chin, Presiden USE, Encik Ardi Amir dan Setiausaha Eksekutif USE, Encik Steve Tan, berkunjung ke rumah Encik Suresh.



Beliau disampaikan dengan tonik dan baucar Fairprice



"Pegawai kami melaksanakan amanah yang diserahkan kepada mereka mengikut Akta Industri Keselamatan Swasta dan harus tidak didera apabila menjalankan tugas ini.



"Tindakan penderaan ini adalah perbuatan keji dan pihak kesatuan akan buat sedaya yang mampu untuk bekerja dengan pihak berkuasa bagi melindungi pegawai kami," tambah USE lagi.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >