Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Pegawai keselamatan didenda kerana rosakkan poster pilihan raya

Feb 05, 2021 | 05:30 AM



SEORANG pegawai keselamatan didenda $1,000 semalam kerana merosakkan poster pilihan raya.



Ini merupakan kali pertama kes seperti ini terjadi.



Lim Song Huat, 48 tahun, mengaku bersalah sebelum ini atas kesalahan di bawah Akta Pilihan Raya Parlimen.



Dua lagi tuduhan serupa dipertimbangkan semasa hukuman dijatuhkan.



Insiden tersebut berlaku pada 3 Julai tahun lalu sekitar 9.30 pagi, seminggu sebelum Pilihan Raya Umum diadakan pada 10 Julai.



Warga Singapura itu sedang berjalan di estet perumahannya di Woodlands Street 13 apabila dia melihat poster Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang diletakkan di tiang lampu.



Anggota PAP dari cawangan itu telah meletakkan poster tersebut pada 1 Julai tahun lalu. Setiap poster bernilai $10.



Lim kemudian berjalan menuju arah poster yang tertera foto Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan cuba mengoyakkannya dengan menggunakan batu.



Timbalan Pendakwa Raya Selene Yap berkata: "Dia kemudian membuang batu tersebut dan menggunakan tangannya untuk menanggalkan poster itu dan ini menyebabkan lebih separuh dari poster itu terkoyak."



Kejadian tersebut dilaporkan kepada polis sehari kemudian dan rakaman CCTV menunjukkan Lim melakukan kesalahan tersebut.



Pegawai polis dari Divisyen Ibu Pejabat Polis Woodlands memberkas Lim sekitar 6.30 petang hari kemudian.



Semalam, DPP Yap menggesa Hakim Daerah Marvin Bay untuk mengenakan hukuman maksimum $1,000 terhadap Lim.



Beliau menekankan kesalahan seperti itu biasanya sukar untuk dijejaki.



Beliau memberitahu mahkamah bahawa Lim ditangkap hanya selepas mereka menyemak rakaman CCTV secara terperinci.



Lim, yang tidak diwakili peguam di mahkamah, memberitahu Hakim Bay bahawa dia tidak menentang PAP dan hanya telah melakukan "perbuatan yang bodoh".



Sebelum menjatuhkan hukuman, hakim berkata mahkamah perlu menyampaikan mesej jelas bahawa memusnahkan poster bukan sesuatu yang dapat diterima.



Tambahnya: "Sementara seseorang boleh memiliki pegangan politik yang berbeza, ini harus 'diutarakan' melalui undian mereka di kotak undi atau melalui aktiviti yang dibenarkan undang-undang.



"Tindakan merosakkan poster politik yang diletakkan oleh mana-mana parti bagi keperluan pilihan raya nasional bukan sahaja melanggar undang-undang tetapi juga merupakan tindakan ekstrem yang memecah-belahkan dan mesti dilarang dengan tegas di negara kita."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >