Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai keselamatan dijel atas kesalahan seksual

Dipenjara 10 bulan kerana adakan hubungan seks dengan budak bawah umur
Dec 15, 2016 | 05:58 PM



SEORANG pegawai keselamatan yang menganiaya seorang budak perempuan berusia 14 tahun secara seksual dalam empat kejadian telah dipenjara 10 bulan, hari ini.



Muhammad Sukri Hamzah, 22 tahun, mengaku melakukan hubungan seks sebanyak dua kali ke atas budak bawah umur itu di flatnya di Jalan Batu pada 2 Ogos tahun ini.



Dua lagi tuduhan yang dihadapinya diletakkan dalam pertimbangan sewaktu memutuskan hukuman.



Timbalan Pendakwa Raya Chee Ee Ling memberitahu mahkamah bahawa mangsa, seorang pelajar menengah satu yang ketika itu menginap di rumah kanak-kanak, mula mengenali Sukri menerusi laman rangkaian sosial, Facebook, sekitar April tahun ini.



Mereka kemudian menjalin hubungan.



Sukri tahu bahawa mangsa adalah bawah umur apabila dia mengadakan hubungan seksual dengannya.



Pada 1 Ogos, selepas mangsa habis sekolah, beliau melarikan diri dari rumah tumpangan dan bertemu dengan Sukri di tempat kerja di Lapangan Terbang Changi. Itu merupakan kali pertama mereka bertemu.



Mereka menaiki kereta api untuk ke stesen MRT Pasir Ris untuk membantu rakannya membawa barangan.



Mereka kemudian makan malam sebelum mengambil masa untuk merokok.



Mangsa kemudian berasa pening selepas merokok.



Sukri kemudian membawanya ke rumahnya di mana dia tinggal untuk semalam.



Kira-kira 1 tengah malam, Sukri mengejutkan mangsa dan mereka melakukan hubungan intim sebelum Sukri memintanya melakukan seks mulut ke atasnya dan ini dituruti mangsa.



Pada pagi keesokannya, Sukri meninggalkan rumah untuk ke tempat kerja dan mangsa menghabiskan masa di perpustakaan Sembawang sebelum bertemunya di stesen MRT Paya Lebar.



Mereka pulang ke rumah Sukri dan tidur.



Mereka sedang baring di katil apabila dia melakukan kesalahan seksual kedua. Namun, mangsa enggan melakukan seks dengannya.



Selepas melakukan hubungan intim untuk beberapa ketika, kedua-dua mereka pun tidur.



Mangsa meninggalkan rumah itu pada 4 Ogos dan telah dihantar pulang ke rumah oleh makcik dan pakciknya.



Beliau memberitahu makciknya dan kemudian kepada polis tentang kegiatan seksnya bersama Sukri.



Sukri diberkas pada 18 September, dan dilepaskan atas ikat jamin polis tetapi dia gagal melaporkan diri di balai polis pada 30 September.



Polis kemudian mengeluarkan warta untuk menangkapnya.



Sukri kemudian diberkas semula pada 17 Ogos.



Hukuman penjara ke atasnya diundurkan ke 19 Oktober.



Dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan/atau didenda untuk setiap kesalahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >