Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Pegawai keselamatan jatuh dalam lubang: 3 firma, 3 lelaki didakwa

Mar 04, 2022 | 05:30 AM



TIGA syarikat dan tiga lelaki didakwa di mahkamah daerah semalam atas tuduhan kesilapan keselamatan yang menyebabkan kematian seorang pekerja pegawai keselamatan sambilan, yang terjatuh ke dalam lubang sedalam empat meter di bar 1-Altitude, pada 2019.



Dua daripada mereka adalah pembangun hartanah OUB Center dan Rodney Yeo Kuang Hsing, 50 tahun, yang merupakan salah seorang pengarah firma tersebut semasa tragedi itu berlaku, lapor The Straits Times.



Turut didakwa adalah restoran dan bar Synergyinthesky dan Ong Hang Peng, 49 tahun, yang dikenal pasti sebagai ketua eksekutif dan pengarah pengurusan restoran tersebut ketika itu.



Dua pihak terakhir yang didakwa ialah pekerja penyelenggaraan, pekerja pemuliharaan dan kontraktor pembersihan A&P Maintenance Services dan Teo Eng Hua, 61 tahun. Dia merupakan pengurus kanan operasi syarikat tersebut pada masa itu.



Kesemua enam pihak didakwa di bawah Akta Keselamatan Tempat Kerja dan Akta Kesihatan berikutan kematian Encik Shaun Tung Mun Hon, 26 tahun, yang meninggal dunia akibat kecederaan kepala setelah terjatuh di dalam lubang di 1-Altitude di One Raffles Place, di tingkat 63 pada 9 Jun 2019.



Dalam satu pertanyaan awal oleh koroner, mahkamah mendengar bahawa lubang berkenaan tidak ditutup oleh pekerja lain yang ditugaskan untuk membersihkan luaran bangunan itu.



Encik Tung telah ditunjukkan lubang itu sebelum memulakan syif kerjanya di kawasan terbuka bar itu pada hari kematiannya.



Beberapa penghalang dan tanda amaran juga telah dipasang berhampiran lubang itu supaya tiada orang dapat memasuki kawasan tersebut.



Menurut Koroner Negara Kamala Ponnampalam, penghalang itu boleh ditolak dan kawasan di lubang itu juga tiada lampu.



Encik Tung melihat dua lelaki yang tidak dikenal pasti memasuki kawasan terhalang itu pada sekitar 1.30 pagi.



Beliau berlari ke arah mereka sambil menyuluh lampu untuk memberi amaran, namun gagal melihat lubang itu dan jatuh ke dalamnya.



Encik Tung disahkan mati oleh paramedik.



Koroner Negara Kamala berkata pada Ogos 2020 bahawa kemalangan itu dapat dielakkan jika peraturan keselamatan dipatuhi.



Ong dan Synergyinthesky semalam dituduh gagal mempertimbangkan betapa berbahaya lubang itu dan juga gagal melaksanakan langkah kawalan risiko yang berkaitan.



Mereka juga dikatakan gagal melaksanakan prosedur keselamatan kerja bagi kakitangan keselamatan untuk mengawal risiko yang ditimbulkan lubang itu.



Kes itu telah ditangguh ke 15 Mac.



Yeo dan OUB Center didakwa gagal memastikan lubang itu ditutup atau dikawal oleh penghalang yang berkesan.



Teo dituduh gagal mengambil langkah mencukupi untuk menangani risiko, yang menyebabkan kematian Encik Tung.



Menurut dokumen mahkamah, A&P Maintenance Services didakwa gagal untuk "melaksanakan penilaian risiko yang mencukupi berkaitan lubang di tingkat tertinggi itu."



Kes melibatkan empat pesalah ini ditangguh hingga bulan depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >