Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai keselamatan, penolong ujian 'swab' di Terminal 3 Changi antara kes baru Covid-19: MOH

Oct 24, 2020 | 11:16 PM



SEORANG pegawai keselamatan dan seorang pemeriksa suhu badan yang juga penolong pengendali ujian ‘swab’ adalah antara kes jangkitan baru Covid-19 yang dikenal pasti pada Sabtu (24 Oktober).



Dalam kenyataannya pada Sabtu malam, Kementerian Kesihatan (MOH) mengesahkan kedua-duanya bertugas di Terminal 3, Lapangan Terbang Changi.



Sungguhpun begitu, hasil siasatan epidemiologi menunjukkan kedua-dua lelaki ini tiada kaitan dan tidak pernah berinteraksi dengan satu sama lain.



Dua kes ini adalah antara tiga kes tempatan (dua kes masyarakat dan satu kes dormitori) yang baru dikesan.



Menurut MOH, pegawai keselamatan berusia 64 tahun itu adalah seorang Penduduk Tetap (PR) Singapura.



Sebelum dirawat di hospital, beliau ke tempat bertugasnya selain mengunjungi Pusat Mata Nasional Singapura (SNEC) bagi mendapatkan rawatan kondisi perubatan yang tiada kena-mengena dengan koranavirus.



Pemeriksa suhu badan dan penolong pengendali ujian ‘swab’ yang merupakan warga Singapura berusia 48 tahun itu pula bertugas di klinik Raffles Medical di Terminal 3, Lapangan Terbang Changi.



Beliau telah ke tempat bertugasnya sebelum dimasukkan ke hospital.



Keadaan kesihatan dua kes ini, jelas MOH, dikesan menerusi ujian kemasyarakatan yang diperkukuh bagi menguji semua individu berusia 13 tahun ke atas yang didapati mempunyai jangkitan pernafasan akut kali pertama bertemu doktor.



Sebagai langkah berjaga-jaga kesemua individu yang bertugas di Terminal 3, Lapangan Terbang Changi yang mungkin berhubung dengan penumpang pesawat akan menjalani ujian Covid-19.



Menurut MOH lagi, sedang jumlah pengembara dijangka bertambah dalam bulan-bulan mendatang, pihak kementerian sudah dalam perbincangan dengan agensi relevan bagi mempertingkat Ujian Rutin Yang Dijadualkan buat kakitangan barisan hadapan di Lapangan Terbang Changi.



Butiran lanjut akan diberikan kemudian.



Mengenai satu kes di dormitori, MOH menjelaskan beliau dikenal pasti menerusi Ujian Rutin Yang Dijadualkan secara dwimingguan buat pekerja yang menetap di dormitori.



Sebanyak 14 kes dikesan pada Sabtu. Dalam kalangan 14 kes itu, 11 adalah kes import.



Tiga daripadanya adalah warga Singapura dan PR Singapura yang pulang ke sini dari India dan Filipina.



Lagi tiga kes melibatkan pemegang permit kerja yang bertugas di Singapura buat masa ini.

Mereka mempunyai sejarah perjalanan dari Indonesia dan Filipina.



Tiga lagi kes adalah pemegang pas pelajar dari Perancis dan dua pemegang pas lawatan jangka panjang yang memiliki sejarah perjalanan dari India dan Indonesia.



Baki satu kes adalah pemegang pas lawatan jangka pendek dari India. Beliau dibenarkan masuk ke Singapura kerana orang tuanya adalah PR Singapura.



Kesemua kes import ini sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura dan diuji positif Covid-19 dalam tempoh SHN.



MOH menambah, lagi 12 kes jangkitan Covid-19 sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.



Sebanyak 53 kes pula masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >