Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Pegawai MOM mengaku salah cabul kehormatan budak perempuan 11 tahun

Jan 11, 2023 | 05:30 AM



SEORANG pegawai perumahan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mengambil gambar seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dan adik lelakinya sebelum mengikut kanak-kanak itu ke flat mereka, di mana dia mencabulnya.



Loh Jin melarikan diri dari tempat kejadian apabila kanak-kanak itu mula menangis dan dia menaiki teksi untuk pulang, lapor The Straits Times.



Semalam, pesalah berusia 57 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan mencabul dan dijatuhkan hukuman penjara setahun lima bulan.



Menurut laman web, My Careers Future, pegawai perumahan MOM menjalankan tugas seperti bekerja rapat dengan pengendali dormitori, pekerja asing dan majikan secara rutin.



Mereka juga memeriksa kediaman pekerja asing.



The Straits Times telah menghubungi kementerian itu untuk mengetahui status pekerjaan Loh bersama kementerian tersebut pada masa ini.



Mangsa dan adik lelakinya yang berusia lapan tahun sedang bermain di taman permainan di Toa Payoh pada 19 Oktober 2020, apabila Loh ternampak mereka.



Dia kemudian menggunakan telefon bimbitnya untuk mengambil gambar mereka.



Kanak-kanak itu berjalan pulang kira-kira jam 5.30 petang apabila Loh memutuskan untuk mengikut mereka.



Dia mengekori kedua-dua kanak-kanak itu ke dalam lif dan keluar bersama mereka selepas pintu dibuka berhampiran flat mereka. Ibu bapa kanak-kanak itu tiada di rumah ketika itu.



Timbalan Pendakwa Raya Ong Xin Jie berkata:



"Tertuduh kemudian mengikut (kanak-kanak) ke dalam unit.



"Mangsa terkejut melihat tertuduh memasuki unit tersebut, dan memberitahunya bahawa ibu bapanya telah mengarahkannya supaya tidak membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam rumah mereka.



"Tertuduh kemudian menunjukkan kepada mangsa gambar yang diambilnya dan adik lelakinya," katanya.



Loh mencabul gadis itu tidak lama kemudian, dan melarikan diri apabila kanak-kanak itu menangis.



Dia kemudian menelefon polis pada hari itu dan memberitahu pegawai tentang kejadian itu.



Jika didapati bersalah mencabul kanak-kanak di bawah umur 14 tahun, pesalah boleh dipenjara sehingga lima tahun, didenda, dirotan atau menerima apa-apa gabungan hukuman tersebut.



Loh tidak boleh dirotan kerana umurnya melebihi 50 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >