Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai NEA kedua mati tiga hari selepas letupan Loji Pembakaran Tuas

Sep 26, 2021 | 05:40 PM



Salah seorang pegawai yang cedera parah dalam kemalangan di Loji Pembakaran Tuas (TIP), telah meninggal dunia pagi Ahad (26 Sept), menurut kenyataan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA). 



Ini menjadikan dua orang telah terkorban dalam kejadian yang berlaku pada 23 September lalu. 



Pegawai itu yang merupakan pengurus kejuruteraan kanan, bersama dua pegawai lain sedang menjalankan kerja penyelenggaraan elektrik di dalam bilik elektrik ketika letupan itu berlaku.



Pegawai ketiga yang terlibat dalam kemalangan itu  masih terus menerima penjagaan perubatan dan berada di Unit Jagaan Rapi (ICU). Beliau yang merupakan pengurus kejuruteraan telah mengalami kelecuran di badan. 



NEA berkata pihaknya telah berhubungan setiap hari dengan keluarga para pegawai tersebut bagi menghulurkan bantuan yang diperlukan. 



Pegawai pertama, seorang lelaki berusia 65 tahun telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah letupan berlaku di TIP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >