Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai pemerintah Indonesia: Jerebu mungkin tidak melanda tahun depan

Dec 14, 2018 | 06:11 PM



KATOWICE: Asia Tenggara mungkin tidak akan dilanda jerebu pada 2019, meskipun terdapat ramalan El Nino yang boleh menyebabkan cuaca lebih kering berbanding biasa di rantau ini tahun depan, menurut seorang pegawai pemerintah Indonesia.



“Kami amat yakin... kami boleh menangani isu ini,” kata ketua Badan Restorasi Gambut Indonesia, Encik Nazir Foead, kepada The Straits Times semalam (13 Disember), di sisi persidangan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Katowice, Poland.



Menarik perhatian usaha dipertingkat untuk melindungi landskap Indonesia yang cenderung kepada kebakaran menyusuli krisis jerebu pada 2015 serta penyelarasan lebih baik antara pelbagai pihak termasuk pemerintah, masyarakat dan pegawai bomba, Encik Nazir berkata beliau yakin Asia Tenggara tidak akan menderita lagi akibat jerebu yang seteruk 2015.



“Kami tidak mengatakan bahawa kebakaran langsung tidak akan berlaku, tetapi jumlahnya kurang dan kebakaran akan dipadamkan lebih cepat,” ujarnya.



Menurut ramalan oleh Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Nasional Amerika Syarikat awal bulan ini, terdapat 80 peratus kemungkinan bahawa fenomena cuaca El Nino boleh dilihat dalam tempoh tiga bulan akan datang.



Encik Nazir berkata Indonesia telah memperkenal pelbagai langkah pencegahan untuk mengelak daripada keadaan jerebu pada 2015 itu berulang.



Ini termasuk usaha mengurangkan kebakaran seperti langkah mengawal api apabila berlakunya kebakaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >