Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai pemerintah, peniaga S’pura teroka peluang ibu kota baru Indonesia

May 31, 2023 | 06:11 PM



JAKARTA: Sebuah delegasi seramai lebih 130 pegawai pemerintah serta peniaga dari Singapura sedang mengadakan kunjungan ke ibu kota baru Indonesia yang akan datang, bagi meneroka peluang, dalam apa yang disifatkan sebagai satu siri pameran bergerak yang dirancang daerah itu bagi menjalankan pasaran projek besarnya.


Lawatan itu yang merupakan satu kolaborasi antara agensi berbeza di Indonesia dan Singapura, merupakan satu susulan kepada Rahat Pemimpin antara kededua negara pada Mac, kata Duta Besar Indonesia ke Singapura, Encik Suryo Pratomo, kepada akhbar The Straits Times (ST).


Presiden Joko Widodo telah mengumumkan lawatan itu buat kali pertama dalam satu temuramah dengan ST pada Mac lalu, menjelang Rahat Pemimpin itu di Singapura.

Encik Suryo berkata lawatan tiga hari itu, yang diberi nama Misi Singapura ke Nusantara, bertujuan membantu peniaga Singapura untuk memahami peluang berpotensi yang menanti mereka di Nusantara, bandar ibu kota baru Indonesia di Kalimantan Timur.

“Pembinaan bandar ibu kota Nusantara adalah projek terbesar di Asia Tenggara, dengan nilainya sehingga AS$32 bilion ($43.3 bilion),” katanya pada Selasa.

“Bagi para usahawan, ini pastinya satu peluang perniagaan luar biasa, kerana pemerintah hanya akan bina kemudahan bagi bangunan dan pejabat pemerintah, sedang pelabur lain akan ditawarkan kepada sektor privet, bagi kededua domestik dan asing.”

Projek seluas 2,561 kilometer persegi itu yang dianggar sekitar tiga kali saiz Singapura, diumumkan tiga tahun lalu oleh Encik Widodo.

Negara itu akan membiayai 20 peratus daripada kosnya, sedang Indonesia berharap sektor privet akan membiayai bakinya.

ST difahamkan bahawa delegasi itu terdiri daripada para pegawai daripada pemerintah Singapura, serta bidang seperti tenaga, pengangkutan, logistik, hartanah dan kewangan.

Aturan khas telah dibuat untuk kumpulan itu, termasuk satu-satunya laluan udara Garuda Indonesia dari Singapura ke Balikpapan, bandar terdekat dengan tapak ibu kota baru itu, dalam usaha mengelak perhentian sementara atau transit yang biasa dilakukan di Jakarta.

Kumpulan tersebut tiba di Balikpapan pada Selasa, dan telah menghadiri majlis makan malam oleh Menteri Kerja Raya dan Perumahan Awam, Encik Basuki Hadimuljono.

“Kami hargai lawatan jumlah yang ramai peniaga dari Singapura,” katanya sambil menambah bahawa program itu akan membantu mereka memahami apa yang dilakukan untuk projek itu.

Kumpulan itu disambut di tapak projek pada Rabu oleh Menteri Penyelaras bagi Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, serta pengerusi pasukan bertindak bagi ibu kota baru itu, Encik Luhut Pandjaitan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >