Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai penguatkuasa jarak selamat boleh masuki rumah tanpa waran bagi memeriksa langkah Covid-19 dipatuhi: URA

URA
Aug 03, 2021 | 01:12 AM



PEGAWAI penguatkuasa jarak selamat boleh memasuki, memeriksa dan membuat kerja mencari di pelbagai premis termasuk kediaman individu tanpa waran bagi memeriksa jika ketetapan Covid-19 dipatuhi, kata Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Isnin (2 Ogos).



"Walau bagaimanapun, pegawai  ini akan menyesuaikan pendekatan mereka bagi setiap premis berdasarkan situasi setiap kes," tambah URA.



URA memberikan responsnya setelah pelakon Nick Mikhail memuatnaikkan video di Instagram mengenai pegawai URA dan pegawai polis yang memasuki rumahnya pada 31 Julai.



Nick memuatnaikkan video sepanjang 7½ minit yang menarik 113,000 tontonan. Dalam video itu, beliau mempersoal mengapa pegawai berkenaan boleh memasuki rumahnya pada waktu malam tanpa waran atau perintah mahkamah. 



Beliau tiada di rumah pada waktu itu. Justeru, pegawai penguatkuasa itu berurusan dengan isterinya yang menurut Nick, sedang berehat ketika itu.



Nick kemudian memuatnaikkan satu lagi video yang dirakam kamera televisyen litar tertutup yang menunjukkan enam pegawai di rumahnya. Pada Isnin malam, Nick memuatnaikkan satu lagi video selama 15 minit mengenai kejadian itu.



URA berkata ia mengetahui tentang pos media sosial berkenaan dan telah menghubungi Nick bagi menangani keprihatinannya.



"Sejak lewat Jun tahun ini, pihak agensi telah menerima aduan berulang daripada penduduk di estet perumahan (rumah sebuah) berkenaan bahawa beberapa penduduk termasuk Nick Mikhail mengadakan perhimpunan dengan bilangan pengunjung melebihi yang sewajarnya.



"Terdapat juga aduan tentang bunyi bising daripada perhimpunan yang diadakan itu," tambah URA.



Sebagai usaha bertindak pada maklum balas yang diberi penduduk itu, pegawai dari agensi berbeza telah dikerahkan ke estet itu bagi memeriksa pelanggaran peraturan Covid-19 yang mungkin berlaku serta aduan bunyi bising berkenaan.



URA berkata pada 31 Julai, tiga pegawai penguatkuasa jarak selamat dari URA, disokong tiga pegawai polis, menjalankan pemeriksaan penguatkuasaan bersama di beberapa kediaman di estet berkenaan, termasuk di rumah Nick.



Apabila mereka tiba di rumahnya, beberapa pegawai nampak pintu pagar yang dibuka luas dan lampu menerangi rumahnya.



"Mereka juga nampak dua kereta yang diletakkan di luar rumah dan langsung masuk ke rumah itu bagi memastikan terdapat pengunjung ke unit itu atau tidak dan jika bilangannya dalam lingkungan had yang ditetapkan pemerintah," kata URA.



Para pegawai itu memasuki ruang meletak kereta dan mengetuk pintu rumah itu. Mereka mengenalkan diri mereka dan menjelaskan sebab mengunjungi rumah tersebut selepas seorang wanita membuka pintu rumah itu.



"Wanita itu bersetuju membenarkan pegawai itu masuk dan mengiringi mereka mengelilingi rumah itu bagi tujuan pemeriksaan," kata URA, sambil menambah tiga pegawai berkenaan termasuk pegawai wanita mengikuti wanita itu sebaris bagi memeriksa keadaan rumah itu.



"Di akhir pemeriksaan itu, wanita itu mengambil kad pengenalannya dari bilik sebelah dengan salah seorang pegawai mengikutinya untuk mengambil butiran peribadinya. Seorang pegawai polis dan seorang pegawai penguatkuasaan wanita ikut serta ke bilik sebelah itu tidak lama selepas itu," tambah URA.



URA menambah pemeriksaan itu dibuat dalam masa kurang 10 minit dengan para pegawai meninggalkan rumah itu setelah memastikan tiada orang lain di rumah berkenaan.



Mereka kemudian memeriksa rumah lain di kawasan itu.



"Pegawai penguatkuasaan jarak selamat dan pegawai polis berkenaan bersikap sopan terhadap wanita itu dan melayannya dengan hormat sepanjang pemeriksaan dibuat," jelas URA.



Dalam tempoh Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat), saiz kumpulan bagi perhimpunan sosial terbatas pada dua orang sahaja. Terdapat had pada dua pengunjung bagi setiap isi rumah setiap hari.



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >