Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Pegawai polis didakwa terima rasuah $32,500, beri maklumat kepada suspek

Nov 23, 2022 | 05:30 AM



SEORANG pegawai polis yang didakwa menerima rasuah dalam bentuk pinjaman dan wang tunai didakwa semalam.



Poo Tze Chiang, 45 tahun, didakwa atas tujuh tuduhan rasuah dan tiga tuduhan menghalang keadilan.



Dalam tujuh kejadian pada 2019 dan 2020, dia didakwa menerima rasuah berjumlah $32,500 daripada Cordell Chan Yuen Kwang dan Wang Huate.



Wang itu didakwa diberikan supaya Poo memberikan maklumat dan bantuan kepada Chan dan Wang berhubung siasatan polis terhadap mereka.



Pada September 2019, Ng Chuan Seng, 51 tahun, didakwa membantu Chan dan Wang dengan memberikan Poo satu paket merah mengandungi $2,000.



Ng didakwa atas satu tuduhan rasuah semalam kerana memberikan paket merah itu kepada Poo di Geylang.



Pada 5 Ogos 2020, Poo didakwa memaklumkan Chan bahawa Wang akan ditahan jika Wang melaporkan diri untuk ikat jamin.



Ketiga-tiga mereka berada di kolong blok di Bukit Batok apabila Poo didakwa menunjukkan kad waran polisnya kepada dua pegawai polis yang meronda di kawasan itu, supaya mereka tidak melakukan pemeriksaan terhadap Chan dan Wang.



Pada 25 November tahun itu, di kawasan yang sama, Poo didakwa memberitahu Chan dia ternampak kereta rakan sekerjanya dan Chan harus pergi ke kedai kopi berhampiran.



Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) berkata bahawa Singapura mengamalkan pendekatan tegas tiada toleransi terhadap rasuah.



Jika sabit kesalahan rasuah, Poo boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan dikenakan denda sehingga $100,000 bagi setiap tuduhan.



Jika sabit kesalahan menghalang keadilan, dia boleh dikenakan denda dan dihukum penjara sehingga tujuh tahun bagi setiap tuduhan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >