Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai polis ditemui mati dengan bekas tembakan di kepala di NPC Yishun North

Jun 17, 2019 | 03:20 PM



SEORANG pegawai polis berusia 28 tahun ditemui mati dengan bekas tembakan di kepalanya di Pusat Polis Kejiranan (NPC) Yishun North malam semalam.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata pegawai lelaki yang berpangkat sarjan itu melaporkan diri untuk bertugas pada 7.30 malam Ahad lalu di NPC tersebut di 31 Yishun Central.



Beliau mengeluarkan pistol perkhidmatannya dari tempat simpanan senjata.



Beliau ditemui seorang diri dengan bekas tembakan di kepalanya di kawasan rehat NPC itu sekitar 9.30 malam dengan pistol tersebut berada di sebelahnya.



Menurut SPF, pegawai itu telah dikejarkan ke Hospital Khoo Teck Puat dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di sana.



Jabatan Siasatan Jenayah (CID) sedang menyiasat kes tersebut yang disifatkan sebagai kematian luar biasa. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >