Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai polis dituduh dera amah, hapuskan bukti jenayah

Aug 12, 2016 | 08:03 AM



BULAN lalu, isteri dan ibu mentua seorang pegawai polis didakwa membunuh pembantu rumah warga Myanmar mereka.



Pada Khamis (11 Ogos), pegawai polis itu sendiri, Kevin Chelvam, 37 tahun, dituduh mendera pembantu rumah tersebut dan menghapuskan bukti yang boleh menunjukkan kesalahan suspek.



Dia menghadapi empat pertuduhan - dua mendera Cik Piang Ngaih Don, 24 tahun; memberi kenyataan palsu kepada pegawai polis; dan menghapuskan televisyen litar tertutup (CCTV) dari rumahnya.



Isterinya, Gaiyathiri Murugayan, 36 tahun, dan ibu mentuanya, Prema Naraynasamy, 58 tahun, didakwa membunuh Cik Piang di flat mereka di tingkat sembilan di Blok 145, Bishan Street 11 antara 25 dan 26 Julai.



Polis menerima panggilan pada kira 11 pagi 26 Julai.



Apabila tiba di flat itu, mereka mendapati Cik Piang - ibu seorang kanak-kanak berusia tiga tahun- terbaring tidak sedar diri. Beliau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.



Chelvam dituduh memukul bahu kiri pembantu rumah itu dengan pemukul mainan pada 23 Julai. Sehari selepas itu, dia dikatakan menarik rambut Cik Piang hingga beliau terangkat dari lantai.



Pada 26 Julai, selepas pembunuhan yang dikatakan itu, Chelvam didakwa mengeluarkan sistem perakam CCTV dari rumahnya untuk menghapuskan bukti jenayah.



Dia dikatakan dibantu oleh Prema.



Tetapi Chelvam memberitahu Pegawai Siasatan Jenayah pada hari sama bahawa kamera CCTV itu dikeluarkan setengah tahun lalu atas permintaan salah seorang penyewa flatnya.



Ini menyebabkan pegawai itu "berhenti mencari bukti CCTV berkaitan siasatan itu", mahkamah diberitahu.



Chelvam, seorang staf sarjan polis, digantung daripada tugas pada Isnin.



Dalam satu kenyataan kepada akhbar The Straits Times, jurucakap polis berkata para pegawai "dijangka menegakkan undang-undang dan menunjukkan contoh baik dengan mengekalkan taraf disiplin dan integriti tinggi", dan pegawai yang melanggar undang-undang akan dikenakan tindakan.



Chelvam bebas dengan ikat jamin dan akan dihadapkan di mahkamah pada 8 Sep



Prema dan Gaiyathiri juga berada di mahkamah pada Khamis, di mana mereka diperintah ditahan reman bagi penilaian psikiatri. Mereka akan hadir di mahkamah sekali lagi pada 1 Sep.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >