Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai polis dituduh upah lakukan seks dengan dua wanita

Nov 29, 2019 | 12:36 PM



SEORANG Staf Sarjan dengan Pasukan Polis Singapura (SPF) telah dihadapkan ke mahkamah pagi tadi (Jumaat, 29 Nov) atas tuduhan mengupah melakukan seks dengan dua wanita yang membantu dalam siasatan polis.



Mahendran Selvarajoo, 31 tahun, telah mendapatkan khidmat seks daripada salah seorang wanita tersebut sebagai dorongan membantunya mengelak dari dikenakan pendakwaan jenayah.



Dia juga dikenakan satu tuduhan mengakses galeri foto dalam telefon bimbit seorang subjek wanita tanpa kebenaran dan mengambil gambar tiga foto peribadi wanita itu.



Selain itu, dia dikenakan dua tuduhan memiliki sejumlah 46 video dan 26 gambar dengan objek lucah, yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 292(1)(a) kanun keseksaan.



SPF telah memberitahu Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) tentang kes tersebut.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan CPIB semalam, ia menekankan bahawa pegawai penguatkuasa undang-undang mempunyai tanggungjawab mengekalkan peraturan, dan menjalankan tugas dengan disiplin dan integriti.



"Mereka yang menyalahguna kedudukan bagi mendapatkan sebarang jenis kepuasan dalam menjalankan tugas mesti berdepan dengan undang-undang dan menanggung akibat sepenuhnya," tekan CPIB.



Ia turut menegaskan bahawa Singapura mengambil pendekatan toleransi sifar terhadap rasuah dan CPIB tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menerima rasuah, tidak kira sama ada mereka pegawai perkhidmatan awam atau pun tidak.



Sesiapa yang didapati bersalah terlibat dalam perbuatan rasuah boleh didenda sehingga $100,000 atau dipenjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >