Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai polis diturun pangkat, dipecat dek cabul dua wanita dalam jagaan

Jan 06, 2020 | 03:55 PM



SEORANG pegawai polis telah diturun pangkat dan dipecat kerana mencabul kehormatan dua wanita warga China dalam bilik interviu siasatan. Dua wanita itu disyaki bekerja sebagai pelacur.


Menurut The New Paper (TNP), Lee Sze Chiat, 39 tahun, yang berpangkat Staf Sarjan Kanan, dijatuhi hukuman penjara setahun dan sekali rotan November lalu.


Khidmatnya telah digantung sejak 26 Disember 2017 , dan selepas dia disabit salah, Pasukan Polis Singapura (SPF) telah memulakan prosiding disiplin terhadapnya pada 19 November 2019.


Menurut maklumat dalam Warta Pemerintah Khamis pada 2 Januari lalu, Lee, yang yang mempunyai pengalaman kerja selama 17 tahun, diturunkan pangkat kepada Konstabel dan dipecat pada 21 Disember tahun lalu.


Dia merupakan pegawai siasatan kanan yang bertugas di Divisyen Jurong semasa melakukan kesalahan itu. 





Menurut laporan TNP, Lee menawarkan membantu kes berkenaan setelah mendapat tahu bahawa dua wanita dari China, berusia 28 dan 29 tahun, disyaki bekerja sebagai pelacur telah diberkas dan ditahan di Ibu Pejabat Divisyen Polis Jurong.


Lee kemudian membawa wanita itu satu persatu ke bilik interviu. Dia mencabul wanita 28 tahun itu ketika tangannya masih digari. Dia kemudian menyuruh wanita 29 tahun melakukan aksi seks ke atasnya pula, juga ketika masih digari.


Mangsa pertama kemudian membuat laporan polis terhadap Lee.



Polis menyatakan bahawa ia merupakan salah satu kesalahan disiplin yang amat serius. Jurucakap polis menyatakan ia perbuatan terpencil dan tidak mewakili kelakuan polis yang berdisiplin dan profesional.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >