Bukan satu, bukan dua, tetapi lebih daripada lima bahasa.
Demikian kebolehan seorang Pegawai Penyiasatan (IO) yang dipaparkan dalam video Tiktok yang dimuat naik di profil Pasukan Polis Singapura (SPF).
Video yang kini mempunyai lebih 750,000 tontonan itu menjadi viral setelah IO tersebut bertutur dalam tujuh bahasa dalam satu adegan temu bual.
Difahamkan IO tersebut memang petah dalam beberapa bahasa.
Video tersebut bermula dengan IO tersebut memperkenalkan dirinya sebagai IO Rafi dalam bahasa Inggeris kepada individu yang ditemu duga.
Walaupun tidak menerima sebarang respons, beliau menukar bahasanya kepada bahasa Mandarin.
Sungguhpun demikian, masih tiada respons dan beliau kemudian bertutur dalam bahasa Melayu.
Beliau kemudian mengajukan soalan dalam dialek Hokkien, Kantonis sebelum bertutur bahasa Thailand.
Individu yang ditemu bual akhirnya memecahkan kebuntuan dengan bertutur dalam bahasa Tamil - bahasa yang juga boleh ditutur oleh IO tersebut.