Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai polis NSF tipu wanita dedahkan colinya, dihukum penjara 3 bulan

Oct 08, 2019 | 12:05 PM



SEORANG pegawai polis perkhidmatan negara sepenuh masa (NSF) mengaku bersalah pada Isnin (7 Oktober) atas tuduhan menipu seorang kawan wanita untuk mendedahkan colinya semasa satu panggilan video bersamanya.



Dia berbuat demikian atas alasan dia sedang menyiasat kes cermin palsu dalam bilik menyalin pakaian yang dipasang dengan sebuah kamera tersembunyi.



Lee Yan Han, 22 tahun, dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan.



Dia memberitahu wanita tersebut, 21 tahun, bahawa dia telah menangkap tiga daripada enam pesalah, dan mendesaknya agar membenarkannya mengambil gambar tangkap layar atau screenshot panggilan video mereka pada tahun lepas. 



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Zhou Yang memberitahu Hakim Daerah Samuel Chuathe bahawa mangsa berasa dikhianati dan takut selepas mendapat tahu bahawa Lee telah menipunya.



Siasatan mendapati Lee tidak ditugaskan menjalankan tugas penyiasatan, malah di dalam telefonnya terdapat empat gambar tangkap layar mangsa, yang tidak boleh dinamakan untuk melindungi identiti beliau. Wajah mangsa boleh dilihat dalam dua foto tersebut.



Menurut laporan The New Paper (TNP), DPP Zhou menolak seruan peguam bela agar Lee diberi laporan probesyen sambil berkata bahawa kepercayaan dan kedudukan pihak polis pada pandangan orang ramai berkurangan disebabkan perbuatan Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >