Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai polis yang juga anggota kongsi gelap dipenjara setahun

Jun 20, 2018 | 12:59 PM



SEORANG pegawai polis yang mengaku dirinya adalah anggota kanan sebuah kongsi gelap dan ketua satu geng motosikal di mahkamah daerah bulan lalu dijatuhi hukuman penjara setahun hari ini (20 Jun).



Umar Hassan, 38 tahun, memegang pangkat staf sarjan kanan dan bertugas di Divisyen Polis Ang Mo Kio.



Dia mengaku bersalah terhadap dua tuduhan menganggotai kumpulan terlarang. Dua lagi tuduhan bagi kesalahan yang serupa dipertimbangkan hakim semasa menjatuhkan hukuman.



Umar telah menubuhkan kumpulan motosikalnya dengan tiga individu lain pada 2001. Dia turut direkrut sebuah kongsi gelap dan dijadikan anggota kanan kumpulan itu enam tahun kemudian.



Dia ditangkap pada 18 November 2016 selepas polis mendapat tahu tentang satu rakaman video yang menunjukkan sekumpulan lelaki menyanyikan slogan kongsi gelap di satu majlis perkahwinan.



Laman Facebook Umar serta komputer riba dan telefon bimbitnya didapati mengandungi gambar dia mempamerkan tanda tangan yang menunjukkan bahawa dia merupakan anggota kongsi gelap.



Umar telah digantung khidmat sejak 14 Disember lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >