Pegawai polis yang terlibat dalam kemalangan di Maxwell Road meninggal dunia

STAF sarjan polis yang terlibat dalam kemalangan di Maxwell Road Ahad lalu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 11.50 pagi tadi. 

Allahyarhamha Salinah Mohamed, 41 tahun, meninggal dunia di Hospital Besar Singapura sebentar tadi setelah terpaksa dibantu sistem penyokong hayat (life support) sejak kemalangan itu. 

Beliau dilaporkan telah dilanggar sebuah kereta semasa menyeberang jalan di Maxwell Road sekitar 9.20 malam.

Semasa ditemui Berita Harian sebentar tadi, suami Allahyarhamha, Encik Indra Shaiful, 41 tahun, berkata: 

“Saya perlu kuatkan diri, saya perlu anak-anak saya melihat bahawa bapa mereka masih kuat walaupun setelah kehilangan orang yang disayangi supaya mereka dapat belajar dari situ. 

“Saya ingin menyokong mereka dengan baik, kerana ini lah saya kuatkan diri walaupun dalam hati saya tuhan sahaja tau betapa sedihnya,” katanya. 

Encik Indra menambah bahawa jenazah Allahyarhamha akan dibawa pulang ke rumah bapa arwah di Yishun setelah selesai menjalani proses bedah siasat di hospital. 

Pihak polis telah memberkas seorang pemandu berusia 51 tahun atas kesalahan memandu dalam keadaan membahayakan dan siasatan masih dijalankan. 

Menurut Encik Indra, pasangan tersebut telah merancang untuk menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-14 di luar negara pada 28 Februari ini. 

Laporan lanjut di Berita Harian esok. 

Waktu Solat

Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
3 HR PSI: 14
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.