ADA orang keberatan menjawab panggilan berkaitan kerja selepas waktu bertugas dan pada hari cuti, tetapi tidak bagi Encik Shamsudin Mohd Amil.
Pegawai teknikal kanan bersama agensi air negara PUB itu memberikan nombor telefon bimbitnya kepada semua pelanggan yang pernah mendapatkan khidmat beliau dan berpesan kepada mereka agar menghubunginya jika menghadapi masalah berkaitan paip atau air.