Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai SAF cedera dalam latihan payung terjun

Dec 20, 2019 | 06:54 PM



ANGGOTA Perkhidmatan Negara Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sepenuh masa, Prebet (Pte) Joshua Quek Shou Jie, 21 tahun, telah mengalami kecederaan tulang belakang serviks semasa latihan payung terjun yang diadakan di Taiwan Rabu lalu (18 Disember).



Pte Quek dikejarkan serta merta ke hospital paling dekat, di mana beliau menjalani pembedahan pagi Khamis (19 Disember), menurut kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef).



Mindef berkata pembedahannya berjalan lancar dan keadaannya kini stabil.



Pte Quek kini di bawah pantauan di Unit Jagaan Rapi (ICU) hospital Taiwan dan sedang menjalani rawatan lanjut untuk menstabilkan kecederaan tulang belakang serviks seperti yang dirancang.



Pakar ortopedik dari Singapura telah diterbangkan untuk membantu dalam penjagaannya.



Menurut Mindef, keluarga Pte Quek juga telah diterbangkan untuk menziarahinya di hospital. Kededua ibu bapa telah berinteraksi dengan Pte Quek, yang kini sedang dalam keadaan sedar.



Kejadian tersebut kini disiasat SAF.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >