Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai SAF didapati bersalah cabul budak perempuan 8 tahun

Feb 28, 2020 | 03:22 PM



SEORANG pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang berpangkalan di Institut Ketenteraan Safti mencabul murid Darjah 3 selepas berlegar di sebuah kawasan berdekatan beberapa sekolah di Tampines.



Mohamed Ardlee Iriandee Mohamed Sanip, 40 tahun, didapati bersalah atas satu tuduhan mencabul pada Khamis (27 Februari) selepas perbicaraan, lapor The Straits Times.



Ardlee, yang pangkat dan status dalam SAF tidak didedahkan dalam dokumen mahkamah, pada Januari 2018 menarik tangan seorang budak perempuan berusia lapan tahun dan mencabulnya di kawasan tangga blok di Tampines.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Sruthi Boppana berkata Ardlee mula meminati budak perempuan sebulan sebelum kejadian itu dan "cenderung kepada pemikiran mencabul mereka, dan telah merancang melakukan demikian dengan menunggu dekat sekolah-sekolah rendah untuk peluang".



Mangsa dan Ardlee tidak mengenali satu sama lain, tambah DPP.



Ardlee, yang ditawarkan ikat jamin $30,000 pada Khamis, akan dijatuhi hukuman pada 23 Mac.



Mereka yang didapati bersalah mencabul kanak-kanak bawah umur 14 tahun boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan disebat.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >