Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai Sats yang makan makanan tercemar Spize meninggal dunia

Nov 14, 2018 | 09:29 PM



PEGAWAI Sats yang sebelum ini dilaporkan berada di Unit Jagaan Rapi (ICU) selepas makan makanan tercemar dari Spize telah meninggal dunia.



Ucapan takziah dari sahabat-handai dan kenalan Allahyarham Mohamad Fadli Mohd Salleh, 38 tahun, yang juga ayah kepada dua orang anak, kelihatan membanjiri laman Facebooknya dengan ramai yang turut mendoakan keluarga mangsa. 



Dalam jawapan bertulis MOH kepada Berita Harian, sehingga 10 malam pada 14 November, seramai 72 individu dilaporkan sakit.



Sembilan masih lagi ditahan di hospital manakala 36 yang lain telah dibenarkan pulang.



Menurut MOH, seorang lelaki 38 tahun yang dirawat di Unit Jagaan Rapi telah meninggal dunia.



“Punca kematian masih belum diketahui kerana ia telah disifatkan sebagai kes koroner,” kata MOH.



Individu lain yang masih dirawat di hospital kekal stabil.



Lesen cawangan River Valley Road digantung “bagi melindungi pelanggan daripada risiko kesihatan ekoran operasi berterusan di kedai makanan tersebut”.



Encik Asra Rahman , 38 tahun, dari Brinks Singapore yang pernah bekerja dengan Allahyarham berkata beliau diberitahu tentang pemergian arwah sekitar 8 malam tadi.



Beliau baru mengenali Allahyarham tahun ini dan menyifatkannya sebagai seorang yang baik dan rendah hati.



“Saya selalu juga bergurau dengannya. Memang dia seorang yang baik dan selalu ingat keluarganya,” ujar Encik Asra.



Turut berdukacita terhadap pemergian Encik Mohamad Fadli ialah pemilik Spize, Encik Haresh Sabnani, dan kesemua kakitangan restoran tersebut.



“Kami ingin mengucapkan takziah kepada isteri Allahyarham dan keluarganya. Pihak pengurusan Spize River Valley akan menawarkan segala bantuan yang diperlukan keluarganya ketika masa-masa sukar ini.



“Doa ikhlas kami juga buat mereka dan semua yang masih beransur pulih,” ujarnya.



Encik Haresh juga ingin memberi jaminan kepada masyarakat bahawa pihaknya sedang mengambil semua langkah yang diperlukan untuk bekerjasama dengan MOH dan AVA dalam siasatan ini dan menawarkan sebarang bantuan yang diperlukan.



Sementara itu, dihubungi Berita Harian, Brinks Singapore berkata mereka turut berdukacita dengan pemergian Allahyarham. 



"Ini adalah keadaan yang tragis dan kami menawarkan ucapan takziah kepada keluarganya.



"Beliau adalah seorang rakan kerja yang setia dan mempunyai etika kerja yang tinggi serta dedikasi untuk melayani pelanggan dan rakan setugas dengan baik. Kami akan merindukannya," kata seorang jurucakap Brinks Singapore.



Syarikat tersebut juga mengatakan mereka akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan awam sedang mereka menyiasat punca penyakit itu.



Usaha Berita Harian untuk mendapatkan komen dari keluarga Allahyarham tidak berhasil.



Pihak kami difahamkan keluarga Allahyarham minta diberi privasi dalam masa sukar ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >