Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai SCDF diberi kuasa tangani insiden libatkan keselamatan orang awam

Oct 01, 2018 | 07:11 PM



PEGAWAI Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan diberi kuasa undang-undang lebih jelas menangani pelbagai jenis insiden yang mempunyai risiko kepada keselamatan orang awam pada masa akan datang apabila satu rang undang-undang diluluskan.



Rang Undang-Undang Pertahanan Awam dan Hal Lain 2018 itu diperkenal bagi bacaan kali pertama oleh Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo, di Parlimen hari ini.



Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), usul meminda Akta Pertahanan Awam (CD) itu bertujuan membolehkan SCDF menjalankan misi mereka untuk menyelamatkan nyawa dan melindungi harta benda dengan lebih berkesan.



Sekarang ini, pegawai SCDF hanya diberi kuasa undang-undang yang jelas untuk mengendali operasi memadam api dan operasi CD semasa keadaan darurat atau keadaan CD yang darurat.



Kuasa itu termasuk memasuki kawasan dan mengalihkan objek yang menghalang operasi sedemikian.



Namun, kuasa ini juga biasanya diperlukan semasa menangani operasi bukan kebakaran setiap hari.



Sebagai contoh, pegawai SCDF yang sedang memberi respons kepada panggilan perkhidmatan perubatan kecemasan (EMS) mungkin perlu memecah masuk kawasan tertentu bagi membantu pesakit dan menyelamatkan nyawa.



Sekarang ini, SCDF bergantung pada Common Law untuk menunjukkan bahawa penggunaan kuasa sedemikian adalah berasas.



Menurut MHA, rang undang-undang itu akan memberi pegawai SCDF perlindungan tambahan daripada tanggungjawab undang-undang bagi tindakan yang diambil semasa operasi harian, asalkan pegawai itu bertindak dengan jujur dan sewajarnya semasa menyelamatkan nyawa dan mengelak kecederaan.



Rang undang-undang itu juga akan memperkasa pegawai SCDF yang sedang bertugas menangani insiden kecemasan perubatan untuk memperolehi cap jari dan butiran peribadi lain untuk mengenal pasti pesakit yang berada dalam keadaan tidak sedar.



Ini akan membolehkan pegawai SCDF mengenal pasti pesakit dengan cepat dan mendapatkan maklumat kesihatan kecemasan yang diperlukan termasuk alahan pesakit bagi memberi rawatan yang sesuai.



Selain itu, rang undang-undang tersebut juga bertujuan mengukuhkan rangka kerja sumber manusia dan disiplin SCDF, khususnya bagi anggota kerahannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >