Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai SCDF dipenjara, disaman akibat cederakan pegawai Certis Cisco

Oct 31, 2019 | 02:58 PM



SEORANG pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sepenuh masa dipenjara selama setahun dan didenda $500 semalam (30 Oktober) kerana menyerang seorang pegawai meletak kereta, menyebabkan giginya tertanggal.



Muhamad Nasri Sahari, 30 tahun, disabit satu kesalahan menyebabkan kesakitan terhadap kakitangan awam daripada melakukan tugasnya, mendera kakitangan awam dan kerosakan. Lagi satu tuduhan kerosakan masih dipertimbangkan, lapor The New Paper (TNP)



Mahkamah difahamkan bahawa Nasri, seorang Sarjan Kedua SCDF, bekerja sebagai penghantar GrabFood pada hari cutinya.



Pada 13 Januari, 7.50 malam, Nasri sedang mengambil makanan untuk dihantar dan meletak motosikalnya secara haram di Binjai Park.



Seorang pegawai Certis Cisco ternampak motosikalnya dan memberikan saman.



Nasri kemudian bersemuka dengan pegawai itu. Apabila pegawai itu memberitahu bahawa beliau sudah pun sertakan butiran kesalahan itu, Nasri menepis alat elektronik tersebut dari tangan pegawai itu dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai itu.



Pegawai itu mengambil alatnya dan beralih pergi, tetapi Nasri menepis lagi dan menumbuk tangan dan mukanya. Salah satu gigi pegawai itu tertanggal, dan beliau memanggil polis.



Nasri melarikan diri setelah menendang motosikal pegawai itu menyebabkan motosikal itu terjatuh.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >