Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: WARGA BERBAKTI

Pegawai SCDF sedia hadapi cabaran 'uruskan orang'

Jan 04, 2022 | 05:30 AM



Baru-baru ini, seramai 48 kadet yang merangkumi 20 pegawai sepenuh masa serta 28 pegawai Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa telah lulus daripada Kursus Komander Rota ke-24 Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) yang berlangsung sepanjang tujuh bulan. Buat julung-julung kalinya, terdapat empat pegawai paramedik dalam perkhidmatan yang juga diberi peluang menyertai kursus itu. BERITA HARIAN telah mewawancara dua lulusan daripada kursus itu yang kini mempunyai aspirasi membangunkan potensi pegawai baru SCDF dalam masa mendatang.



SELEPAS berkhidmat sekitar 14 tahun di barisan hadapan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Leftenan Faizal Ali telah mengendali pelbagai jenis kes, termasuk memainkan peranan penting dalam membantu seorang wanita hamil melahirkan anaknya semasa kesesakan lalu lintas di Ekspreswe Central (CTE) tahun lalu.



Setelah puas mengendalikan tugas di medan operasi, kini beliau memikul pula tanggungjawab yang lebih tinggi sebagai pegawai kanan dan ingin menyumbang dalam aspek perancangan dan pembangunan potensi pegawai baru.



Leftenan Faizal, 39 tahun yang telah menaiki tangga kerjaya sejak bermula sebagai komander seksyen telah dipilih untuk menyertai Kursus Komander Rota dan baru-baru ini telah lulus dengan dinobat sebagai Kadet Terbaik.



Pegawai penuh pengalaman itu, ketika diwawancara media baru-baru ini berkata beliau amat bersedia untuk menerima cabaran dan berharap untuk diberi peluang bertugas dalam bahagian perancangan dan pengurusan di sebalik operasi-operasi SCDF.



Bercerita, bapa dua anak itu cukup terharu dipilih sebagai calon RCC sejak beliau mempunyai aspirasi menjadi seorang Komander Rota sekitar empat tahun lalu.



Biarpun jawatannya kini sebagai Timbalan Komander Rota di Balai Bomba Central sudah berada di tahap pengurusan, Leftenan Faizal berkata ia tetap merupakan sesuatu tugas yang hands-on - iaitu tugas yang memerlukan beliau turun ke padang dan menguruskan pegawai- pegawainya.



"Kini, saya bukan sahaja ingin mengendali operasi balai bomba tetapi untuk menceburi bidang di sebalik operasi-operasi ini yang dikendali kakitangan di ibu pejabat.



"Saya kira selepas berkhidmat di barisan depan sepanjang 14 tahun, ia lebih baik saya menyerahkan tugas operasi itu kepada yang lebih muda."



Terdapat lima peserta kurus RCC ke-24 itu yang merupakan pegawai yang telah menaiki tangga kerjaya dari bawah; empat pegawai paramedik dan seorang lagi ialah Leftenan Faizal sendiri - yang sebelum ini berpangkat Pegawai Waran Dua.



Leftenan Faizal memberitahu apabila beliau perlu 'kembali ke sekolah' setelah lebih sedekad bertugas di barisan depan, beliau terpaksa kembali kepada latihan asas.



Namun itu juga membuka mindanya kepada sumbangannya yang boleh beliau lakukan dengan pangkat kanannya itu apabila beliau diberi peluang menduduki jawatan staf.



"Saya perhatikan, sudah tentu dengan pengalaman saya, saya berkeinginan menaiktaraf latihan SCDF kepada pegawai muda agar mereka dipupuk latihan yang lebih realistik dan mencerminkan keadaan semasa."



"Misalnya kami memanfaatkan teknologi dalam urusan harian kami, dan kami juga bergantung dengan tenaga manusia yang lebih terhad.



"Jadi ada banyak aspek latihan yang ingin saya sumbangkan agar ia sesuai dengan cabaran semasa," kata Leftenan Faizal lagi.



Selain itu, dengan memikul tanggungjawab yang lebih tinggi sekarang, Leftenan Faizal berkata tugasnya sekarang bukan sekadar memimpin pasukan tetapi juga adalah untuk membangunkan pegawai yang lebih muda.



"Sekarang saya perlu melihat tugas saya menerusi pandangan makro dan secara menyeluruh, jauh berbeza daripada tugas saya dahulu sebagai anggota bomba.



"Tetapi cabarannya tetap sama, iaitu bagaimana kami dapat bekerja dengan baik dengan teman sepasukan dan bekerjasama dengan mereka.



"Dari segi operasi, itu saya tidak begitu khuatir tetapi tugas saya sekarang bukan setakat menguruskan operasi tetapi juga untuk menguruskan orang - bagaimana saya akan memotivasi mereka dan membangunkan potensi mereka."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >