Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai SCDF, SPF kongsi pengalaman misi bantuan di Laos

Aug 31, 2018 | 08:49 PM



SETIAP langkah yang diambil terasa begitu berat dan mereka perlu awas dengan sekitaran supaya tiada siapa yang cedera.



Seluruh kawasan operasi mereka dipenuhi lumpur dan puing-puing kayu, menjadikan misi bantuan bencana dan pemulihan mangsa mereka lebih mencabar.



“Berjalan dalam lumpur tidak semudah seperti berjalan biasa. Kami perlu pijak dengan betul dan mengimbangi berat badan kami kerana jika tidak, kami akan tenggelam masuk.



“Dengan kasut but yang kami pakai dan peralatan yang kami bawa, ia satu tambahan 10 kilogram dan kami perlu menarik diri kami keluar daripada lumpur itu sebelum membuat satu lagi langkah,” kata Mejar Seloterio Euan Izmal Ilyas, 35 tahun.



Mejar Euan Izmal mengetuai pasukan 17 anggota merangkumi pegawai Pasukan Menyelamat dan Bantuan Bencana (Dart) SCDF dan pakar kebakaran dan menyelamat dalam satu misi bantuan bencana dan pemulihan mangsa di Laos baru-baru ini. Mereka turut disokong seorang paramedik dan pegawai sokongan teknikal.



Pada 23 Julai lalu, empangan hidro Xe Pian-Xe Namnoy runtuh dan memusnahkan wilayah Attapeu di Laos, menyebabkan banjir teruk melanda kawasan itu dan menjejas negara jiran seperti Kemboja.



Mejar Euan Izmal dan pasukannya dikerah menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kampung Ban Mai - antara lokasi yang terjejas teruk akibat kejadian empangan runtuh itu.



Pasukannya bekerjasama dengan tentera Laos untuk melaksanakan misi, namun oleh sebab keadaan dan rupa bumi yang mencabar, mereka berdepan dengan beberapa kesukaran pada mulanya.



“Dengan banyak struktur kayu yang pecah, terdapat banyak paku yang terapung dalam air dan lumpur. Ada beberapa pegawai kami yang cedera.



“Kami juga membawa banyak peralatan tetapi untuk berjalan dari satu tempat ke satu tempat dalam lumpur, ia memerlukan banyak tenaga. Jadi, ini sesuatu yang kami pelajari dan apabila kami pulang, kami menilai semula keadaan dan meninjau apa yang perlu dibawa,” kata beliau beliau.



Pasukan itu juga berdepan dengan masalah komunikasi dengan tentera Laos, dengan mereka ‘berbual’ menggunakan isyarat memandang mereka tidak dapat berbahasa Inggeris.



Mejar Euan Izmal mengongsi bahawa keadaan di sana tidak mudah bagi penduduk setempat tetapi beliau memuji daya ketahanan mereka yang tidak putus asa untuk membina semula kehidupan.



“Pada hari pertama kami tiba di Ban Mai, ia sunyi sepi. Yang ada cuma askar Laos. Namun setelah beberapa hari, kami lihat orang kampung datang kembali ke rumah untuk ambil barang peribadi...Anda boleh lihat kekuatan di mata mereka, tiada putus harapan pada wajah mereka,” kata beliau.



Pasukan kedua merangkumi 18 pegawai SCDF dan 14 pegawai Pasukan Polis Singapura (SPF) serta tiga anjing mencari mangsa (victim recovery dogs) dari Unit K9 SPF turut dikerahkan ke Laos lebih seminggu kemudian untuk menggantikan pasukan SCDF yang pertama.



Antara mereka yang terlibat ialah Komander Kontinjen SPF, Superintenden Sofian Salleh, 45 tahun, dan seorang doktor dan pegawai SCDF, Kapten (CPT) (Dr) Tan Yuan Zi, 27 tahun.



Pasukan kedua itu sepatutnya menjalankan misi di kampung Ban Samong-Tai, yang terletak seberang sungai daripada kampung Ban Mai. Namun, hujan lebat yang melanda menyebabkan banjir berlaku dan mereka tidak dibenarkan meneruskan operasi itu.



Sebaliknya, mereka ke telah Hospital Sanamxay - sekitar dua jam dari kampung itu - untuk mendirikan khemah dan bekerjasama menyediakan khidmat perubatan kepada penduduk yang kehilangan tempat tinggal.



CPT (Dr) Tan menceritakan bahawa ramai penduduk datang untuk mendapatkan bantuan, dengan mereka menemui sekitar 60 pesakit dalam masa empat hingga lima jam sehari.



Tambahnya, kebanyakan pesakit menghidapi virus flu dan keracunan makanan akibat tinggal dalam kawasan yang tidak bersih.



Pengerahan mereka di Laos itu penuh cabaran, namun dalam keadaan tertekan itu, para pegawai berpeluang mewujudkan detik gembira dengan menyambut Hari Raya Aidiladha bersama.



Superintenden Sofian mengongsi bahawa mereka membeli ayam di pasar dan kemudian memasaknya dan melakukan solat Hari Raya bersama.



“Hari Raya Aidiladha melambangkan pengorbanan. Misi ini memberi saya peluang untuk membuat pengorbanan dan ia amat bermakna sekali bagi saya. Saya pasti ia juga peluang yang bermakna untuk pegawai yang lain,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >