Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai SCDF tidak bertugas bantu selamatkan budak terkunci dalam lori

Jul 11, 2016 | 11:11 AM



SESEORANG pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) yang tidak bertugas memainkan peranan penting dalam menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terkunci di dalam sebuah lori pada Ahad (10 Julai).



Insiden di tempat letak kereta terbuka di Blok 302A Woodlands Street 31 itu ditonjolkan anak Pegawai Waran Kanan (SWO) Hasanuddin Johar dalam satu pos Facebook.



Pos itu dikongsi hampir 1,000 kali sejak dimuat naik pada petang Ahad.



Anak SWO Hasanuddin, yang menggunakan nama Fique Fiq, berkongsi bahawa beliau berada di rumah kakaknya bersama ibu bapa mereka apabila mereka ternampak kekecohan di tempat letak kereta.



Pada mulanya mereka tidak menyangka apa-apa, tetapi semakin ramai orang berkerumun kira-kira 10 minit kemudian dan mereka mendapat tahu kemudian bahawa seorang kanak-kanak terkunci dirinya di dalam sebuah lori.



"Bapa saya, sebagai seorang anggota bomba, pergi untuk memberi bantuan. Beliau tidak terus meluru," katanya.



"Sebaliknya, beliau memerhatikan dari jauh untuk menilai keadaan sebelum menyarankan huraian terbaik bagi menangani masalah itu tanpa menyebabkan kerosakan terlalu besar pada lori tersebut."



SWO Hasanuddin naik ke atas bahagian pemandu lori itu siap dengan "batang logam dan alat lain" untuk mengumpil buka pintu kenderaan tersebut, katanya.



"Dengan kerjasama dan komunikasi berkesan, budak itu akhirnya dibebaskan dan diserahkan kepada ibu bapanya. Ayah saya, seorang wira."



Difahamkan daripada seorang saksi di tempat kejadian bahawa usaha itu mengambil masa 15 minit.



SWO Hasanuddin, yang berusia 50-an tahun dan seorang sarjan mejar rejimen bersama Bahagian Ke-4 SCDF, turut dipuji SCDF dalam satu pos Facebook selepas kejadian itu.



"Bak kekata bahawa seorang anggota bomba asli tidak pernah tidak bertugas... Satu contoh klasik #CommunityFirstResponders dalam kalangan kita - memerhatikan keselamatan orang lain di mana saja mereka berada," kata pos itu.



"Kita memerlukan lebih ramai #CommunityFirstResponders seperti Encik Hasan!"




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >