Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai SCDF yang didakwa tolak anggota NS ke dalam perigi pam dibicarakan

Jul 23, 2019 | 07:38 AM



PEGAWAI Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) yang dipenjarakan kerana menolak seorang anggota Perkhidmatan Negara (NS) ke dalam perigi pam telah mengaku dengan serta merta apabila ditanya komander stesennya.



Namun, dia berkata perbuatannya itu adalah atas perintah seorang lagi pegawai.



Muhammad Nur Fatwa Mahmood telah mengaku kepada komander stesen, Major Huang Weikang, apabila beliau bertanya bagaimana Koporal (Cpl) Kok Yuen Chin masuk ke dalam perigi pam, menurut Staf Sarjan (SSgt) Al-Khudaifi Chang, 26 tahun, semalam.



SSgt Chang menceritakan semula apa yang berlaku sehingga menyebabkan kejadian membawa maut pada 13 Mei tahun lalu.



"Fatwa mengangkat tangannya untuk menjawab soalan itu. Dia kata dia lah yang menolak Cpl Kok dan Farid yang menyuruhnya melakukan hal tersebut," kata SSgt Chang dalam pengakuannya pada hari pertama pembicaraan terhadap Mohamed Farid Mohd Saleh atas tuduhan menghasut Nur Fatwa menolak Cpl Kok, semalam. 



Farid, 35 tahun, seorang pegawai waran pertama, mahu melawan tuduhan bersubahat dengan perbuatan cuai sehingga mengakibatkan kematian.



Cpl Kok, 22 tahun, mati lemas setelah ditolak ke dalam perigi pam sedalam 12 meter di Balai Bomba Tuas View. Lima pegawai dikenakan tuduhan atas penglibatan mereka.



Oktober lalu, Nur Fatwa, dijatuhkan hukuman penjara setahun empat minggu kerana menolak Cpl Kok ke dalam perigi pam dan menyuruh pegawai lain memadamkan bukti video insiden tersebut. Menurut laporan The Straits Times, dia kini di bawah tahanan rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >