Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai siasatan Ninja Van bantu kesan penipuan e-dagang

Mar 01, 2021 | 05:30 AM



DENGAN tubuh sasanya persis ahli bina badan, pegawai siasatan syarikat logistik dan khidmat kiriman Ninja Van, Encik Fuad Rahim, digelar rakan sekerja The Hulk.



Ia persis nama adiwira Marvel Comics bertubuh hijau yang tampil menentang kejahatan dan membantu orang awam.



Semangat adiwira sebegini juga wujud dalam Encik Fuad, 31 tahun, mengenal pasti dan menentang jenayah penipuan kiriman barangan dan e-dagang yang kian berleluasa sejak akhir-akhir ini.



Usaha anggota pasukan Spesialis Kecemerlangan Operasi (Opex) Ninja Van ini bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa menyumbang pada syarikat itu menerima Anugerah Kerjasama Masyarakat pemberian Divisyen Polis Clementi, baru-baru ini.



Encik Fuad, bapa seorang bayi tiga bulan, adalah pegawai siasatan pertama digajikan Ninja Van sejak April 2020.



Bagi syarikat ini, penting menggerakkan program masyarakat mendidik pelanggan tentang bahaya penipuan e-dagang.



Ketika ditemui di gudang barangan Ninja Van di Pandan Avenue baru-baru ini, Encik Fuad tidak menyangka akan beralih kerjaya ke sektor logistik.



Sebelum ini, lulusan kejuruteraan mekanikal Universiti Teknologi Nanyang (NTU) itu penerima biasiswa Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang berkhidmat sebagai pegawai tentera selama tujuh tahun.



Beliau memikul pelbagai tanggungjawab daripada komander platun, ketua pasukan tentera, instruktor sekolah pegawai kadet (OCS) serta pegawai yang mengetuai usaha memantau dasar dan piawaian keselamatan ketenteraan.



Pada penghujung 2017, Encik Fuad dikesan dengan barah sel germa. Beliau perlu memperlahankan aktiviti lasak dan mengubah gaya hidupnya lantas mengambil keputusan meninggalkan SAF.



Tugasnya kini menyemak proses dalaman Ninja Van, mengurus bungkusan barangan rosak dan hilang serta berhubung dengan penyedia khidmat luaran berhubung kes penipuan.



Encik Fuad juga bekerjasama dengan pasukan rentas sempadan mengendalikan urusan pengirim barangan dari luar negara.



"Saya bersyukur keadaan kesihatan kini lebih baik. Kemahiran kepimpinan, berfikir secara kritikal, daya inovasi dan komunikasi yang dipelajari di SAF membantu melancarkan tugas di Ninja Van," ujarnya.



Dua trend kes penipuan yang beliau dapati melibatkan kiriman barangan tidak sama seperti yang ditempah serta kiriman barangan yang tidak ditempah langsung.



"Kami peka dengan kewujudan sindiket penipuan e-dagang dan ingin nasihati pelanggan agar membeli barangan daripada laman yang disahkan rasmi dan bukan palsu. Jangan mudah mendedahkan atau berkongsi butiran peribadi anda termasuk sebagai respons pada iklan Facebook tanpa usul periksa.



"Sememangnya, payah membanteras 100 peratus kes penipuan e-dagang dengan budaya membeli dalam talian menjadi sebati dan wujud bermacam penyedia khidmat.



"Namun, iltizam saya tetap ada membantu pihak berkuasa dan memastikan pelanggan Ninja Van tidak terjerat dengan penipuan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >