Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai TP antara 2 cedera dalam nahas PIE

Feb 04, 2021 | 05:30 AM



SEORANG pegawai polis trafik (TP) telah dibawa ke hospital setelah terlibat dalam nahas di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) menuju Lapangan Terbang Changi semalam.



Pegawai TP itu awalnya telah mengarahkan sebuah lori berhenti di tepi jalan kerana kesalahan memandu dalam garisan chevron di sisip jalan keluar dan sedang melakukan pemeriksaan ke atas pemandunya apabila lori kedua merempuh lori pertama, lapor The Straits Times.



Ini menyebabkan lori yang berhenti itu bergerak ke hadapan dan merempuh pegawai dan pemandu, yang sedang berdiri di hadapan.



Kemalangan itu berlaku sekitar 11.30 pagi.



Pegawai TP berusia 34 tahun dan pemandu lori berusia 68 tahun berada dalam keadaan sedar ketika dikejarkan ke Hospital Besar Changi, kata polis ketika menjawab pertanyaan media.



Pemandu lori kedua pula telah diberkas kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kecederaan teruk, tambah polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >