Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai TP cedera selepas kemalangan di PIE

May 13, 2018 | 01:45 PM



SEORANG pegawai Polis Trafik (TP) berusia 27 tahun mengalami kecederaan ringan selepas beliau tercampak daripada motosikal yang ditunggangnya dalam satu kemalangan jalan raya dengan sebuah kereta di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) baru-baru ini.



Menurut akhbar The Straits Times, polis mengesahkan bahawa kemalangan itu berlaku sekitar 3.40 petang pada 4 Mei di PIE menghala ke Lapangan Terbang Changi, dekat jalan susur keluar Adam Road.



“Seorang pegawai lelaki TP berusia 27 tahun berada dalam keadaan sedar semasa dibawa ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH),” kata polis.



Satu video yang merakam kemalangan itu kini menular di media sosial sejak dimuat naik semalam (12 Mei).



Video itu menunjukkan seorang pegawai TP menunggang motosikal di lorong pertama ekspreswe itu sebelum motosikalnya tiba-tiba menyenget ke kiri sehingga menyebabkannya tercampak.



Akibat terlanggar jalan raya, beberapa kepingan besi daripada motosikal itu juga dilihat tercampak.



Beberapa pemandu kemudian dilihat menghentikan kereta mereka dan turun untuk membantu pegawai itu.



Siasatan polis sedang dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >