Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai TransCom dekati pelajar madrasah tentang inisiatif baru, bukan penuhi kuota

Jul 17, 2019 | 08:13 AM



DAKWAAN bahawa pegawai Komand Keselamatan Pengangkutan Awam (TransCom) yang sedang bertugas mendekati dua pelajar madrasah untuk memenuhi kuota adalah tidak benar dan tidak bertanggungjawab, kata polis menerusi laman Facebook semalam (16 Julai).



Sebaliknya, pegawai itu sedang memberitahu pelajar itu tentang satu daya usaha baru, Riders-On-Watch (ROW), yang dilancarkan pada 2 Julai.





Di bawah skim itu, relawan daftar untuk membantu polis memerhatikan individu atau barang yang mencurigakan.



“Kami gembira dua pelajar itu telah mendaftar sebagai relawan ROW dan mereka kini sertai relawan ROW lain untuk menjaga keselamatan rangkaian pengangkutan awam Singapura.



“Komen yang bertujuan mengapi-apikan sentimen perkauman seperti itu tidak diperlukan,” kata polis.



Sementara itu, Madrasah Al-Ma'arif Al-Islamiah menerusi Facebook turut tampil memberi penjelasan berhubung gambar pelajarnya yang tular di media sosial.





“Kami bangga dengan sifat pemikiran sivik dan rasa tanggungjawab pelajar kami kepada masyarakat.



“Kami terkejut dengan sikap tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar pelajar kami sehingga di luar konteks. Kami merayu kepada orang awam untuk menghentikan spekulasi atau menyebarkan gambar ini secara tidak bertanggungjawab demi menghormati privasi pelajar kami,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >