Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai Waran Ketiga hargai sokongan pegawai atasan tatkala baru bergelar bapa

Jul 01, 2018 | 05:30 AM



BELIAU baru bergelar ayah apabila dikerah bagi satu latihan dalam kem (ICT).



Biarpun Pegawai Waran Ketiga (3WO) (NS) Mohammad Matin Mohdari, 31 tahun, merindui keluarganya, beliau berasa penting menjalankan tanggungjawabnya kepada negara dahulu sebelum berjumpa dengan isteri dan anak perempuannya.



"Selepas satu latihan yang intensif, saya memastikan segala tugas bagi kompeni saya selesai dan kebajikan askar di bawah saya terjaga sebelum saya mandi dengan cepat dan pulang ke rumah walaupun selepas tengah malam untuk menjenguk bayi saya yang baru berumur lima bulan ketika itu.



"Saya pulang ke kem beberapa jam kemudian, tepat pada masanya sebelum perbarisan pertama hari itu bermula," ujar bapa seorang anak perempuan bernama Eliza Sophia, yang kini berusia dua tahun.



Beliau menambah, amat menghargai kelonggaran yang diamalkan komander kanan dalam SAF semasa ICT untuk membenarkan aturan sedemikian bagi ayah baru seperti dirinya.



3WO (NS) Mohammad Matin juga amat bersyukur mendapat sokongan kukuh daripada isterinya, Cik Este Ehara, 31 tahun, setiap kali beliau harus menjalani ICT.



Beliau antara anggota SAF yang dinaikkan pangkat daripada Master Sarjan (MSG) (NS) tahun ini.



Selain sokongan keluarga dan pemimpin yang memahami dalam batalion NS beliau, 3WO (NS) Mohammad Matin, yang juga berkhidmat sebagai pengurus ehwal pemerintah dan dasar awam bagi ibu pejabat serantau Grab Singapore, bersyukur mendapat majikan yang sentiasa memberinya sokongan.



Ini kerana mereka akan, antara lain, bantu membahagikan tugasnya kepada pegawai lain semasa beliau harus menjalani ICT.



Dalam pada itu, pengalaman beliau dalam Perkhidmatan Negara (NS) selama ini juga telah memupuk banyak persahabatan antara dirinya dengan komander, rakan seangkatan dan askar di bawahnya.



Menurut 3WO (NS) Mohammad Matin lagi, NS merupakan peluang baik untuk bertemu dengan individu daripada pelbagai latar belakang.



"Dengan matlamat yang sama iaitu mempertahankan negara dan melalui pelbagai situasi bersama, hubungan persahabatan kami juga bertambah erat tahun demi tahun.



"Dan saya seronok mendengar kisah bagaimana kami semua telah memasuki fasa baru dalam kehidupan masing-masing - melanjutkan pengajian, mendirikan rumah tangga dan membina keluarga - semasa ICT setiap tahun!" katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >