Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai waran prihatin pekerja asing di sebalik cabaran Covid-19

Feb 15, 2021 | 05:30 AM



KESIBUKAN mengendalikan keadaan Covid-19 di Singapura tidak menghalang beliau untuk bersikap timbang rasa terhadap golongan yang terjejas khususnya pekerja asing.



Pegawai Waran Ketiga (3WO) Sheikh Hairulnizam, 39 tahun, pada Ramadan lalu telah dilantik sebagai pegawai logistik dalam operasi Covid-19, di mana beliau ditugaskan untuk menyediakan Kemudahan Pemulihan Masyarakat (CRF) bagi menempatkan pekerja asing di Kem Bedok.



Namun ketika beliau mengendalikan operasi tersebut, bapa empat anak itu terkesan apabila melihat pekerja warga asing di kemudahan itu, mendirikan solat dengan menggunakan apa sahaja barang yang mereka memiliki sebagai alas untuk bersujud.



Sempena Hari Pertahanan Mutlak pada hari ini, beliau turut menekankan, kepentingan pertahanan ketenteraan serta peranan setiap warga Singapura dalam menangani krisis wabak Covid-19.



"Sewaktu melaksanakan tugas, saya perasan, pekerja asing Muslim di situ menggunakan barang-barang seperti beg atau tuala sebagai sejadah mereka ketika sedang bersolat.



"Disebabkan itu, saya pun sebagai seorang sahabat Muslim kepada mereka, melancarkan sebuah inisiatif di kejiranan saya untuk mengumpulkan sejadah dan kemudian mengagihkannya kepada pekerja asing itu," kata 3WO Sheikh Hairulnizam yang sudah bertugas dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sejak 2006.



Antara tugas beliau di CRF kem Bedok itu adalah untuk menawarkan sokongan logistik seperti barang keperluan seharian serta makanan dan minuman kepada warga asing tersebut dan anggota SAF lain.



3WO Sheikh Hairulnizam berkongsi bahawa apabila beliau dan pasukannya dikerah untuk menyediakan kemudahan tersebut, beliau terkejut kerana mereka perlu bergegas menyediakannya dengan cepat.



"Kami perlu menumpukan banyak masa untuk menyediakan kemudahan itu dengan pantas dan selain itu, kami juga mula mempertimbangkan bagaimana untuk memastikan kami tidak dijangkiti virus hingga boleh menjejas keluarga kami," tambah 3WO Sheikh Hairulnizam.



Ramadan lalu, yang berlangsung dari 23 April hingga 23 Mei, jatuh pada tempoh perintah Pemutus Rantaian Jangkitan dari April hingga Jun 2020.



Langkah itu dikuatkuasakan kerana kadar jangkitan di Singapura naik mendadak dengan kebanyakan kes Covid-19 berpunca dari dormitori pekerja asing.



Oleh itu, kemudahan CRF itu bertujuan memberi penjagaan khusus bagi pesakit pekerja asing Covid-19 yang diisytihar sihat sesudah 14 hari menghidap penyakit itu serta tidak lagi memerlukan rawatan.



3WO Sheikh Hairulnizam berkongsi, beliau berjaya mengumpul 300 sejadah untuk pekerja asing sewaktu melaksanakan inisiatif pengumpulan sejadah itu.



"Saya sangat bahagia kerana ramai yang menyumbang dalam inisiatif ini.



"Ini termasuk seorang uncle berbangsa cina yang telah memberi sekitar 70 sejadah kepada kami," ujar beliau.



Dalam pada itu, sempena sambutan Hari Pertahanan Mutlak pada hari ini, 3WO Sheikh Hairulnizam menekankan akan kepentingan peranan setiap warga Singapura dalam menangani krisis kesihatan ini.



"Penglibatan saya dalam operasi ini menunjukkan bagaimana SAF boleh dikerah mengendalikan pelbagai tugas, termasuk mengendalikan krisis kesihatan selain mempertahankan negara kita.



"Meskipun itu, peranan setiap anggota masyarakat ini, juga teramat penting dan saya juga amat berterima kasih atas keluarga saya yang saling memahami tugas saya.



"Kami perlu terus mematuhi peraturan Covid-19 dan jangan bersikap sambil lewa, agar semua usaha kami dalam mencegah penyakit ini terus berkesan," katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >