Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegerai kecewa pusat makanan Haig Rd ditutup, namun akur demi keselamatan

Selain 25 kes Covid-19 dikesan di Pusat Makanan dan Pasar Haig Road, lagi 10 kes turut dikesan di Pasar Chong Pang
Jul 22, 2021 | 05:30 AM



KETIKA kakitangannya tiba di Pusat Makanan dan Pasar Haig Road sekitar 7 pagi semalam, Cik Nooraisha Mohamad Hashim, pengarah Putu Piring Haig Road, berkata pekerjanya terkejut melihat pusat makanan itu dikepung.



Beliau dan pekerjanya tidak sedar bahawa pusat makanan itu ditutup sejak semalam setelah terdapat 25 kes Covid-19 berlaku di sana.



Selain pusat makanan itu, Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan kelmarin bahawa Pasar Chong Pang juga akan ditutup kerana terdapat 10 kes di sana.



Kededua tempat itu akan ditutup kepada orang awam mulai semalam hingga 4 Ogos bagi menyekat penyebaran jangkitan dan menjalankan pembersihan premis yang menyeluruh.



"Apabila saya dapat panggilan daripada kakitangan saya, saya tidak percaya kerana tidak ada sesiapa yang memaklumkan kepada kami bahawa kami perlu tutup.



"Saya hanya dapat mengesahkannya setelah membaca berita dalam talian.



"Dari situ, saya dan kakitangan saya terpaksa melakukan persiapan lain untuk menghantar kembali bahan-bahan yang sudah di tempah ke kilang kami," kata Cik Nooraisha, 38 tahun.



Ketika dihubungi, Cik Nooraisha berkata dengan penutupan salah satu daripada lima cawangan yang mereka ada, beliau menjangka kehilangan pendapatan sebanyak 25 peratus.



"Cawangan ini merupakan cawangan yang paling popular kerana kami jual putu piring dengan harga yang lebih rendah berbanding cawangan lain.



"Tetapi yang penting adalah keselamatan kakitangan saya dan orang awam dijaga semasa tempoh ini," jelasnya.



Kakitangannya, serta ibu bapaya yang bertugas di Haig Road kini dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN)14 hari, walaupun telah menjalani ujian swab dan didapati negatif bagi virus Covid-19.



Encik Bajar Rahman Syed Abuthahir, 37 tahun yang membantu ibu bapanya mengendali gerai Hajjah Jamilla Raj Mohamed Muslim Food pula berkata disebabkan penutupan ini mereka terpaksa membuang bahan-bahan yang sudah mereka sediakan.



"Bekalan makanan kami seperti sayur-sayuran dan mi sudah sampai ke kedai tetapi kami tidak boleh simpan selama dua minggu.



"Jadi terpaksa buang. Memang agak kecewa tetapi keadaan ini tidak boleh dielakkan," kata Encik Bajar.



Awal dari itu, MOH mengumumkan bahawa Pusat Makanan dan Pasar Chong Boon telah ditutup dari 18 Julai hingga 1 Ogos. Semua individu yang bekerja di pusat itu sudah dikenakan kuarantin dan diuji semasa kuarantin.



Pihak berkuasa juga menawarkan ujian Covid-19 percuma kepada orang awam yang melawat tempat tersebut antara 3 Julai dengan 17 Julai.



Untuk maklumat lanjut mengenai ujian Covid-19 ini, orang awam boleh melungsuri laman www.moh.gov.sg/covid-19/rsc/ongoing-community-surveillance-testing-for-visitors-to-chong-boon-market-food-centre.




"Cawangan ini merupakan cawangan yang paling popular kerana kami jual putu piring dengan harga yang lebih rendah berbanding cawangan lain. Tetapi yang penting adalah keselamatan kakitangan saya dan orang awam dijaga semasa tempoh ini."
- Cik Nooraisha Mohamad Hashim, pengarah Putu Piring Haig Road.



"Bekalan makanan kami seperti sayur-sayuran dan mi sudah sampai ke kedai tetapi kami tidak boleh simpan selama dua minggu. Jadi terpaksa buang. Memang agak kecewa tetapi keadaan ini tidak boleh dielakkan."
- Encik Bajar Rahman Syed Abuthahir yang membantu ibu bapanya mengendali gerai Hajjah Jamilla Raj Mohamed Muslim Food.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >