Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MALAYSIA HENTI EKSPORT AYAM

Pegerai optimis sekatan ayam hanya sementara

May 25, 2022 | 05:30 AM



WALAUPUN Malaysia akan menghentikan eksport 3.6 juta ekor ayam bermula bulan depan, penjual ayam Cik Roslina Onn tidak berasa bimbang.



Ini kerana beliau percaya situasi itu hanya bersifat sementara sahaja.



Malaysia mengumumkan kelmarin bahawa eksport ayam bermula 1 Jun ini akan dilaksanakan bagi mengatasi isu kekurangan bekalan ayam di negara itu.



Semalam, Malaysia menyatakan bahawa ia akan dilaksanakan sehingga bekalan stabil.



"Sekitar 40 peratus ayam dijual di gerai saya adalah ayam beku dari Australia.



"Baki 60 peratus pula ialah ayam segar dan bekalan ini diimport 100 peratus dari Malaysia," ujar beliau, yang telah berniaga di Pasar Geylang Serai selama lebih 11 tahun.



Jika terdapat kekurangan jumlah ayam segar yang diimport dari Malaysia, beliau menjangkakan harga ayam segar yang dijual akan meningkat.



Kini, harganya semakin meningkat setiap bulan.



Sebagai contoh, semasa bulan puasa yang lalu harga seekor ayam segar adalah $6 hingga $6.50 untuk setiap kilogram. Harganya kini ialah $6.50 hingga $7.



Harga ayam kampung pula, telah meningkat daripada $9 hingga $12 ke $10 hingga $13 dalam tempoh yang sama.



Walau bagaimanapun, Cik Roslina telah memikirkan sumber alternatif untuk mengekalkan bekalan ayam di gerainya.



Alternatif utama adalah untuk mendapatkan bekalan ayam beku dari sumber baru seperti Brazil selain Australia.



Tetapi, proses mengimport lebih ayam beku dari negara lain tidak menyelesaikan masalah kekurangan bekalan ayam dalam jangka masa panjang.



"Dengan kekurangan bekalan ayam segar, saya menjangka bahawa harga ayam beku akan meningkat kerana ramai pegerai akan memilih ayam beku sebagai alternatif mereka supaya mengekalkan bekalan ayam untuk gerai mereka," ujar Cik Roslina.



Ditanya penerimaan pelanggan apabila beliau menjual lebih banyak ayam beku, Cik Roslina berkata:



"Sebenarnya, pelanggan saya tidak akan tawar hati jika saya mengimport lebih banyak ayam beku.



"Mereka hanya mahu membeli daging ayam dan tidak memberi perhatian jika ia ayam beku ataupun ayam segar."



Para pelanggan yang sering membeli ayam segar daripadanya amat memahami keadaan semasa yang menyebabkan harga-harga ayam segar meningkat.



Dari segi keuntungannya, beliau berkata ia tidak akan menjejas keuntungannya akibat situasi yang berlaku itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >