Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegerai 'rehat panjang' apabila Pusat Makanan Seah Im jalani peningkatan

Jul 19, 2022 | 05:30 AM



SEJAK berniaga lebih 30 tahun lalu, pasangan suami isteri yang juga pegerai di Pusat Makanan Seah Im, Cik Noor Zilah Sallehan, 56 tahun, dan Encik Shasrudin Daliman, 59 tahun, tidak pernah menutup dua gerai mereka bagi tempoh yang panjang.



Namun, langkah Penguasa Tanah Singapura (SLA) untuk menutup pusat makanan itu selama enam bulan mulai September ini untuk kerja-kerja peningkatan, merupakan masa terbaik bagi mereka untuk berehat.



Pasangan itu adalah pemilik gerai berlainan di Pusat Makanan Seah Im dan mempunyai sejumlah 12 pekerja.



Encik Shasrudin memiliki gerai Daliman's Korner yang diambil alih daripada ibu bapanya sejak lebih 30 tahun lalu. Gerainya menjual antara lain mi soto dan sate.



Pada mulanya, Cik Noor Zilah membantu suaminya tetapi keinginan untuk lebih berdikari dan kegemarannya untuk memasak, mendorongnya membuka gerai Farasha sejak lapan tahun yang lalu. Gerai Farasha menjual antaranya nasi goreng ayam dan mi maggie goreng Thai.



Oleh kerana gerai mereka dibuka setiap hari dari awal pagi ke malam, mereka tidak mempunyai hari cuti yang panjang.



"Mungkin, penutupan ini akan memberikan saya dan isteri saya peluang untuk bercuti dan berehat," ujar Encik Shasrudin.



Namun, mereka juga berasa bimbang mengenai pekerja mereka agar dapat terus mencari rezeki dalam tempoh penutupan.



"Kami sedang fikirkan sama ada ingin menyewa gerai baru di lokasi lain, menyewa dapur pusat atau mungkin mengambil tempahan dari rumah,'' kata Cik Noor Zilah.



LAPORAN SELANJUTNYA






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >