Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peguam bagi wanita yang mengaku 'berdaulat' minta kes ditangguh

Jan 06, 2021 | 05:30 AM



PEGUAM bagi seorang wanita yang mengaku dirinya "berdaulat" ketika diberitahu untuk memakai pelitup di tempat awam di tengah-tengah wabak koronavirus telah meminta agar kes itu ditangguh ke kemudian hari.



Semalam, peguam Anil Singh Sandhu memberitahu Hakim Daerah Adam Nakhoda bahawa beliau akan mempercepat perkara tersebut dan menambah beliau merancang menemui kliennya, Paramjeet Kaur, 41 tahun, pada hari Jumaat untuk mengetahui duduk perkara Kaur berhubung isu tersebut.



Kesnya ditangguhkan hingga 26 Januari.



Kaur menjadi tumpuan berita utama Mei tahun lalu setelah satu video di mana dia mengaku dirinya "berdaulat" menjadi tular.



Video itu merakamkan Kaur berada di tempat awam - Shunfu Mart berdekatan Upper Thomson Road - tanpa menggunakan pelitup yang diwajibkan bagi mengekang penularan Covid-19.



"Ini bererti saya tidak ada sebarang hubungan dengan polis, itu bermaksud saya tidak mempunyai kontrak dengan polis. Mereka tidak ada sebarang hak ke atas saya," katanya dalam video itu.



Seorang lelaki, yang berada di luar layar, kedengaran menjawab: "Ini bahkan tidak masuk akal. Sekiranya anda individu yang berada di Singapura, anda harus mengikut peraturan Singapura."



Namun, Kaur menjawab: "Itu masalah - saya bukan seorang, saya 'kita orang'."



Dia ditangkap pada 4 Mei tahun lalu dan muncul di mahkamah untuk kali pertama keesokan harinya.



Dia kemudian didakwa melakukan kesalahan, termasuk kegagalan untuk memakai pelitup menutup hidung dan mulutnya ketika mengunjungi sebuah gerai makan di Upper Thomson Road sekitar 9.20 malam pada 20 April tahun lalu.



Akhbar Lianhe Wanbao sebelumnya mengatakan seorang wanita yang mengaku dirinya sebagai ibu Kaur, berkata anak perempuannya merupakan seorang ahli fisioterapi yang tinggal di Australia selama 20 tahun sebelum kembali ke Singapura pada 2019.



Sekiranya tidak memakai pelitup dengan menutup hidung dan mulut, pesalah kali pertama boleh dipenjara sehingga enam bulan dan denda hingga $10,000.



Pesalah berulang boleh dipenjara hingga satu tahun dan denda hingga $20,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >