Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KES MENIPU PROJEK PENYALAAN LAMPU RAYA GEYLANG SERAI

Peguam bela: Anggaran dan tuntutan belanja sama

Jul 21, 2016 | 05:30 AM



ANGGARAN perbelanjaan yang diberikan Majlis Pusat semasa membuat permohonan kepada agensi pendanaan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) serta perbelanjaan yang dituntut daripada agensi tersebut bagi projek penyalaan lampu Hari Raya (HRLU) 2012 adalah sama.



Tuntutan perbelanjaan yang dibuat di bawah anak syarikat Majlis Pusat, Global Astir, itu menunjukkan tiada perbezaan bagi jumlah yang dianggarkan dan dituntut untuk khidmat sama yang ditawarkan.



Misalnya, bagi persembahan artis tempatan bagi acara HRLU 2012 yang berlangsung selama 40 hari, jumlah yang dianggarkan $20,000 sama seperti jumlah yang dituntut di bawah Global Astir.



Begitu juga halnya bagi perbelanjaan anggaran artis luar negara dan tuntutan di bawah Global Astir yang menunjukkan jumlah yang sama iaitu sebanyak $25,000



Ini ditekankan oleh peguam bela bekas presiden Majlis Pusat Saharuddin Kassim, Cik Melanie Ho, dalam pemeriksaan balasnya terhadap saksi iaitu bekas pengurus Majlis Pusat Gazaly Malek.



Apabila disuruh Cik Ho membandingkan kededua dokumen bagi jumlah anggaran perbelanjaan dan perbelanjaan yang dituntut daripada agensi pendanaan, Gazaly, yang tiba di Mahkamah Negara dengan mengenakan baju banduan, mempersetujui bahawa tiada perbezaan dari segi jumlah dan khidmat yang ditawarkan.



Gazaly, yang sedang menjalani hukuman penjara 20 minggu setelah mengaku bersalah terlibat dalam kes penipuan HRLU 2011 dan 2012, menyambung keterangannya dalam perbicaraan ke atas Saharuddin dan bekas setiausaha kewangan Majlis Pusat, Abdul Ghani Tahir, di Mahkamah Negara semalam.



Selainnya, pengurus syarikat MCC Events & Production (MCCEP), Salleh Sam, juga sebelum ini telah mengaku bersalah terlibat dalam kes penipuan itu dan dijatuhi hukuman penjara 20 minggu.



Di samping STB, tiga lagi agensi yang menawarkan dana kepada Majlis Pusat bagi HRLU 2011 dan 2012 termasuk Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan (MCYS); Lembaga Totalisator Singapura atau Tote Board serta Divisyen Penduduk dan Bakat Nasional (NPTD)



Dalam perbicaraan yang masuk hari ke-13 itu, Cik Ho membentangkan beberapa bukti termasuk bukti berbentuk e-mel kepada mahkamah.



Antaranya merupakan e-mel daripada pegawai STB, Cik Ling Xiang Quek, yang mengesahkan bahawa pihaknya menerima invois pihak ketiga, asalkan bukan daripada Majlis Pusat.



"Justeru sejajar dengan pengesahan Cik Quek bahawa syarikat berkaitan Majlis Pusat boleh menghantarkan invois, makanya invois daripada Lemonseed pun dihantarkan," kata Cik Ho yang kemudian dipersetujui Gazaly.



Syarikat Lemonseed ditubuhkan sebagai wadah komersial berhubung kegiatan kebudayaan Majlis Pusat.



Kewujudan Lemonseed ialah bagi mengeluarkan invois mengenai kos dan overhed bagi sebarang khidmat yang ditawarkan Majlis Pusat, terutama berkenaan kegiatan kebudayaan.



Cik Ho turut mengemukakan bukti yang menunjukkan kewujudan Global Astir dan Lemonseed dipersetujui kesemua jawatankuasa eksekutif (Exco) Majlis Pusat termasuk Saharuddin, Abdul Ghani serta presiden Majlis Pusat, Encik Zulkifli Mohammed, dan timbalan presiden, Encik Nasir Aman, kededuanya bagi tahun 2011.



Dalam bukti juga, ia tertera bahawa Global Astir dilantik sebagai syarikat pengurusan projek untuk menguruskan HRLU.



Cik Ho menggariskan menyusuli kewujudan Lemonseed juga, Gazaly membantu dalam menyediakan invois untuk Lemonseed bagi HRLU 2011.



Dan ini dipersetujui Gazaly sendiri.



Berhubung isu mencapai sesuatu tahap untuk meraih pendanaan maksimum yang diketengahkan Gazaly dalam buktinya di mahkamah kelmarin, Cik Ho bertanyakan kepada Gazaly adakah penerangan yang diberikan Saharuddin tentang perlunya mencapai sesuatu tahap itu konsisten dengan penerangan yang diberikan Jawatankuasa Kerja Kanan Majlis Pusat yang lain.



"Benar," kata Gazaly.



Perbicaraan diteruskan hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >