KES MENIPU PROJEK PENYALAAN LAMPU RAYA GEYLANG SERAI
Peguam bela: Jumlah kos tidak dinaikkan
May 19, 2016 | 05:30 AM
TIDAK ada 'penambahan kos' begitu saja pada invois seperti mana yang didakwa oleh pihak pendakwa dalam perbicaraan kes penipuan projek penyalaan lampu Raya Geylang Serai, kata peguam bagi bekas pemimpin Majlis Pusat Singapura, Saharudin Kassim, semalam.
Demikian hujah yang dikemukakan peguam bela, Cik Melanie Ho, di mahkamah sambil menerangkan sebab-sebab di sebalik beberapa kenaikan pada jumlah kos.