Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peguam berbalah berkaitan komen yang didakwa dibuat Shanmugam mengenai Ketua Hakim

Nov 07, 2020 | 06:22 PM



PEGUAM Eugene Thuraisingam telah menolak tuduhan bahawa beliau ada mengatakan Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, pernah memberitahunya bahawa menteri itu ‘mempunyai pengaruh’ ke atas Ketua Hakim Singapura.

Dalam satu surat kepada Encik Shanmugam dan dipos ke Facebook pada Jumaat (6 Nov), Encik Thuraisingam menulis bahawa “tidak ada kebenaran sama sekali” mengenai tuduhan itu, yang juga termasuk dakwaan bahawa Encik Shanmugam pernah berkata beliau “membuat keputusan dan mengawal” Ketua Hakim Sundaresh Menon.

Tuduhan itu kali pertama dibuat tiga tahun lalu oleh peguam M. Ravi pada 2017 dalam satu catatan Facebook, dengan Encik Ravi berkata beliau mempunyai rakaman perbualan itu, dan tuduhan itu ditimbulkan semula oleh Encik Ravi dalam satu lagi catatan Facebook berlainan pada Jumaat (6 November).

Menurut versi cerita Encik Ravi, Encik Thuraisingam telah menyatakan komen itu dibuat dalam sesi minum di Chijmes pada 2017.

Encik Ravi juga menulis bahawa Encik Thuraisingam telah berulang kali membuat kenyataan serupa yang dibuat oleh Encik Shanmugam. “Saya telah mendengar ini ribuan kali ketika beliau mabuk,” tulisnya.

Encik Ravi memberitahu The Straits Times (ST) pada Jumaat malam bahawa beliau berpegang pada kenyataannya dan bersedia membawa perkara itu ke mahkamah.

“Daripada pengalaman saya tentang Menon (Ketua Hakim Sundaresh Menon), beliau sangat adil dan saya sangat menghormatinya.

“Saya berasa susah hati bahawa menteri itu memberitahu orang lain mengenai pengaruhnya ke atas Ketua Hakim, jika apa yang dikatakan oleh Encik Thuraisingam itu benar,” ujarnya.

“Saya tidak mempersoalkan kebebasan badan kehakiman, tetapi kecewa dengan potensi penyalahgunaan kuasa.”

Encik Ravi menambah, beliau telah menemui saksi yang bersedia memberi keterangan mengenai kebenaran kenyataannya.

Encik Thuraisingam, seorang peguam jenayah yang mengasaskan firma undang-undang Eugene Thurasingam LLP, menulis dalam suratnya kepada Encik Shanmugam:

“Anda tidak pernah mengatakan perkara seperti itu kepada saya.

“Saya juga tidak pernah memberitahu Encik Ravi bahawa anda pernah mengatakan perkara seperti itu kepada saya.”

Beliau menambah, Encik Ravi setakat ini tidak menghasilkan rakaman yang beliau dakwa memilikinya yang menyokong tuduhannya.

Beliau memberitahu ST bahawa Encik Ravi telah menyerang beliau dan firma guamannya “tanpa asas kerana keadaan kesihatannya”.

Encik Ravi didiagnosis mengalami gangguan bipolar pada 2006, dan tidak dapat mempraktikkan undang-undang di mahkamah selama empat tahun. Beliau mendapat sijil praktik guamannya semula tahun lalu.

Membalas kenyataan Encik Thuraisingam, Encik Ravi berkata beliau telah mengambil ubatnya dan telah mematuhi syarat yang tidak didedahkan dalam pemberian sijil tersebut.

“Saya tidak boleh didiskriminasi kerana keadaan kesihatan saya kerana ia akan mudah digunakan terhadap ramai peguam hak asasi manusia di seluruh dunia yang dianggap sebagai sakit mental apabila mereka mengkritik sistem sedia ada,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >