Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Peguam diambil wakili lelaki dituduh bunuh Felicia Teo

Dec 25, 2020 | 05:30 AM



SEBUAH pasukan peguam telah diambil untuk mewakili seorang lelaki yang dituduh membunuh Cik Felicia Teo Wei Ling pada 2007.



Peguam Shashi Nathan daripada Withers KhattarWong memberitahu mahkamah semalam bahawa beliau dan pasukannya - Cik Tania Chin dan Cik Laura Yeo - akan membela tertuduh, Ahmad Danial Mohamed Rafa'ee.



Kes itu ditangguhkan hingga 31 Disember, lapor The Straits Times.



Ahmad Danial, yang kini berusia 35 tahun, dituduh membunuh Cik Teo, 19 tahun, di sebuah flat di Marine Terrace pada 30 Jun 2007.



Warga Singapura itu dikatakan melakukan kesalahan tersebut dengan seorang lelaki, Ragil Putra Setia Sukmarahjana, kini 32 tahun.



Ragil masih belum ditangkap dan kedua-dua lelaki itu dipercayai berkawan dengan Cik Teo.



Kehilangan Cik Teo pada 2007 menarik perhatian ramai apabila keluarga dan rakannya enggan percaya remaja itu melarikan diri.



Beliau meninggalkan rumahnya di Bras Basah pada 29 Jun tahun itu dan itu merupakan kali terakhir ibu bapanya melihat wanita itu.



Rakaman kamera litar tertutup kemudian menunjukkan beliau memasuki lif di sebuah blok perumahan Marine Terrace dengan dua lelaki. Ahmad dan Ragil dikatakan membunuhnya pada keesokan harinya.



Ibu Cik Teo kemudian membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya pada 3 Julai 2007.



Pegawai polis mula menyiasat dan mereka pada awalnya menggolongkan kehilangan Cik Teo sebagai kes orang hilang.



Ini kerana mereka tidak menemui fakta yang mengaitkan kedua-dua lelaki itu dengan kehilangannya. Dua lelaki itu, sebelum ini, memberitahu polis bahawa Cik Teo meninggalkan flat itu sendiri.



Rakan-rakan dan keluarganya kemudian berusaha mencari Cik Teo sendiri, dan lebih 200 orang terlibat dalam pencarian pada 2007 itu.



Mereka menyebarkan risalah, menyiarkan iklan di surat khabar, dan mencari Cik Teo di pelbagai kawasan termasuk Geylang, Yishun dan Woodlands.



Sementara itu, polis terus menyemak kes tersebut hingga tahun ini.



Kes tersebut dirujuk kepada Jabatan Siasatan Jenayah pada Julai lalu dan pegawai kemudian berjaya menemui dapatan baru.



Mereka memberkas Ahmad pada 15 Disember lalu, dan dia didakwa di mahkamah daerah dengan kesalahan membunuh dua hari kemudian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >